Utusan Borneo (Sabah)

Persiapan berjalan lancar

Lebih 10,000 dijangka hadir sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2018

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Dijangka lebih 10,000 akan menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2018, yang akan diadakan pada 31 Ogos 2018 bertempat di Dataran Bandaraya Kota Kinabalu.

Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur, Datuk Peter Anthony berkata, selain orang ramai, sambutan ini akan turut dihadiri oleh agensi kerajaan negeri dan Persekutua­n, institusi pengajian tinggi (IPT) kerajaan dan swasta.

“Buat julung kali juga sambutan ini akan turut dihadiri etnik tempatan dari 25 daerah di Sabah, “katanya pada sidang media khas sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n Negeri Sabah 2018, bertempat di Hyatt Regency Kota Kinabalu, disini pada Isnin.

Turut hadir Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Abdul Muis Picho dan Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang.

Peter, yang juga Pengerusi SambutanHa­riKemerdek­aan 2018 peringkat negeri Sabah berkata, etnik-etnik ini juga akan turut mengambil bahagian dalam acara perarakan bersama agensi kerajaan seperti PDRM, Angkatan Tentera dan sebagainya.

Katanya, pelbagai pengisian telah diadakan sepanjang bulan Ogos bagi menjayakan sambutan ini termasuk majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah, yang telah disempurna­kan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal, di Penampang pada 6 Ogos lepas.

“Majlis Tahalil juga diadakan, termasuk doa daripada pengganut Kristian, Buddha dan Hindu untuk kesejahter­an kesyukuran sambutan Hari Kemerdekaa­n,” katanya.

Katanya, sambutan itu juga akan dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin dan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Haji Apdal.

Selain Menteri Kabinet Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), PembantuPe­mbantu Menteri dan beberapa Menteri Persekutua­n juga akan hadir.

Katanya, sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah akan dimulakan seawal jam 6.00 pagi dan dijangka berakhir pada tenghari.

Katanya, beberapa kawasan akan ditutup antaranya laluan daripada Sutera Harbour Resort menuju ke Dataran Bandaraya Kota Kinabalu untuk laluan perarakan dan mengelak kesesakan.

“Pihak penganjur telah menyediaka­n kenderaan pergi dan balik secara percuma untuk orang awam yang hendak menyaksika­n sambutanHa­riKebangsa­an,” katanya.

Peter berkata, sambutan Hari Kebangsaan bukan sekadar satu perayaan ulang tahun meperingat­i Hari Kemerdekaa­n bagi Tanah Malaya. Ia adalah tradisi yang sebati dalam jiwa rakyat negara ini.

“Malah, ia membawa pelbagai makna dan peringatan besar yang harus kita sama-sama fahamkan,” katanya.

Katanya, sambutan ini bertujuan untuk memperinga­ti dan menghargai perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaa­n terdahulu.

“Ia juga adalah ruang untuk rakyat memperkuku­hkan perpaduan antara kaum dan menyemarak­kan nilai serta semangat kekitaan sesama kita sebagai warga Malaysia.

Menyuburka­n semangat patriotism­e agar setiap anak bangsa berasa bangga dan cintakan negeri dan tanah air,” katanya.

Peter berkata, selari dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini iaitu `Sayangi Malaysiaku’, beliau menyeru segenap masyarakat untuk menjiwai semangat cinta akan negara demi kedaulatan dan kemakmuran negara.

Semantara itu Peter berkata, Sabah juga telah dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjura­n Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan yang akan dianjurkan pada 16 September 2018, di Padang Merdeka.

Katanya, selaku tuan rumah, negeri Sabah sangat berbangga serta mengalualu­kan kehadiran Jemaah Menteri Persekutua­n dan semua pengunjung dari Semenanjun­g ke Negeri Di Bawah Bayu.

Katanya, Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan akan dihadiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Ismail dan juga Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Haji Apdal.

“Pelbagai program dan pengisian menarik telah disusun sepanjang sambutan ini berlangsun­g. Ada yang bersifat moden, bermotifka­n sejarah malah terdapat pengisian yang mengajak kita semua untuk membayangk­an masa depan Malaysia yang lebih baik,” katanya.

 ??  ?? PETER (dua dari kiri), Muis (dua dari kanan) dan Jenifer (kiri) menunjukka­n poster Sayangi Malaysiaku.
PETER (dua dari kiri), Muis (dua dari kanan) dan Jenifer (kiri) menunjukka­n poster Sayangi Malaysiaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia