Utusan Borneo (Sabah)

Peminta sedekah Pala’u yang agresif bimbangkan penduduk Lahad Datu

-

LAHAD DATU: Mengetuk cermin kereta dan bersandar ketika kereta bergerak perlahan merupakan antara tindakan agresif kanak-kanak Pala’u ketika meminta sedekah di Lahad Datu.

Tinjauan Bernama, antara lokasi tumpuan peminta sedekah cilik berumur antara lima ke 12 tahun itu adalah termasuk di lampu isyarat Bandar Sri Perdana di sini.

Rata-rata penduduk Lahad Datu yang ditemui melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan agresif golongan itu serta bimbang sekiranya berlaku kemalangan.

Maklumat dari facebook Lahad Datu Info menyebut bahawa Pala’u dikategori­kan sebagai kumpulan manusia ‘nomad laut’ yang hidup dalam perahu dan masih mengamalka­n cara hidup berpindah randah dan sehingga kini status kerakyatan mereka sama ada rakyat Malaysia atau Filipina masih kabur.

Seorang penduduk, Aris Abbas, 43, berkata kanakkanak ini bertindak agresif jika tidak diberikan sedekah dengan berdiri dan bersandar di hadapan kereta apabila lampu isyarat bertukar hijau.

“Mereka seolah menghalang kenderaan untuk bergerak, selain jika tidak diberikan sedekah mereka bertindak mencalarka­n kereta,” katanya kepada Bernama.

Bagi Nazrina Hashim, 26, turut senada mengenai perkara itu dan melahirkan rasa takut untuk memandu dan berhenti di lampu isyarat kerana pernah didatangi sekumpulan kanakkanak Pala’u mengetuk cermin kereta meminta sedekah.

“Kita juga khuatir kalau terlanggar kanak-kanak ini tetapi mereka begitu berani dan tidak takut walaupun ditegur,” katanya.

Dalampadai­tu,LabaiLasid­i, 25, mengesyaki tindakan pengemis itu didalangi sindiket yang memperguna­kan kanakkanak Pala’u sebagai pengemis jalan.

“Saya ada terlihat, setiap pagi ada kereta yang menghantar kanak-kanak Pala’u ini ke lampu isyarat Perdana dan kemungkina­n golongan ini dimanfaatk­an pihak tertentu untuk mengaut keuntungan,” katanya dan berharap pergerakan Pala’u ini di pantau pasukan keselamata­n serta pihak berkuasa tempatan.

Dalam tinjauan Bernama juga mendapati ada beberapa wanita Pala’u yang mengendong bay bagi menimbulka­n rasa simpati orang ramai ketika meminta sedekah di lampu isyarat.

Pada Ahad, status dan gambar dimuatnaik pengguna Facebook Afiz Huzairi Ayub mengenai peminta sedekah Pala’u di Lahad Datu tular dengan lebih 1,000 perkongsia­n dan komen.

Afiz dalam statusnya berkata satu aduan dibuat kepada Majlis Daerah Lahad Datu mengenai kegiatan peminta sedekah di lampu isyarat di sini dan berharap pihak berwajib mengambil tindakan kerana perkara itu bukan isu baharu sebaliknya sudah lama.

Sementara itu, Rohani Suardi,27,yang berpandang­an mencadangk­an kerajaan negeri bekerjasam­a dengan pertubuhan bukan kerajaan seperti Pesuruhjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dalam menangani masalah kebanjiran Pala’u di kawasan pantai timur Sabah.

“Kerjasama ini adalah bagi mengenalpa­sti identiti mereka selain membantu komuniti Pala’u ini dari aspek pendidikan dan sektor pekerjaan,” katanya lagi. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia