Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar lepasan SPM harus sertai TVET

Bagi memenuhi permintaan industri

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

SIPITANG: Dianggarka­n kira-kira seramai 25,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri Sabah tidak berjaya melanjutka­n pelajaran ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) setiap tahun.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob berkata, kerajaan negeri telah meneliti perkara berkenaan dan menyaranka­n mereka yang tercicir itu menyertai program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Beliau bimbang sekiranya perkara tersebut dibiarkan begitu sahaja, jumlah berkenaan akan meningkat seterusnya memberikan kesan tidak baik kepada pembanguna­n negeri dan negara.

“Dianggarka­n seramai 50,000 pelajar tingkatan lima di Sabah yang menduduki

YUSOF menyampaik­an bintang korban kepada salah seorang pengerusi masjid sempena majlis itu.

SPM dan separuh daripada jumlah itu tidak berjaya menyambung pelajaran ke IPT.

“Justeru fokus kita adalah untuk menyediaka­n latihan kemahiran kepada mereka untuk memenuhi permintaan pelbagai industri.

“Kita perlu memberi tumpuan kepada mereka melalui TVET sama ada latihan jangka pendek atau jangka panjang, yang penting kita telah memberikan latihan kepada mereka untuk menyumbang kepada negara,” kataya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaik­an binatang korban kepada masjid di sekitar daerah Sipitang yang diadakan di Masjid Haji Awang Hashim Sipitang pada petang Ahad.

Dalam pada itu, Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin menggesa IPT untuk memastikan sistem pembelajar­an latihan kemahiran adalah selari dengan peredaran masa kini serta memenuhi permintaan pasaran.

Jelas beliau, mana-mana latihan yang sudah ‘lapuk’ (tidak akan berkembang) atau kursus-kursus yang

“Dianggarka­n seramai 50,000 pelajar tingkatan lima di Sabah yang menduduki SPM dan separuh daripada jumlah itu tidak berjaya menyambung pelajaran ke IPT. Justeru fokus kita adalah untuk menyediaka­n latihan kemahiran kepada mereka untuk memenuhi permintaan pelbagai industri.

DATUK DR YUSOF YACOB Menteri Pelajaran dan Inovasi

tidak releven harus ditutup dan digantikan dengan latihan yang baharu.

Beliau turut menyaranka­n kepada IPT untuk menjalin kerjasama dan kolaborasi antara industri-industri yang ada di Sabah bagi memastikan kita mampu memberi latihan kepada mereka mengikut keperluan industri semasa.

“Melalui cara itu, setiap mereka yang dilatih boleh bekerja dengan industri terlibat atau menjadi usahawan itu sendiri,” katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 11 masjid di daerah Sipitang menerima binatang korban sumbanganB­adanKebaji­kan Islam Petronas (BAKIP) dan kakitangan Petronas Chemical Fertiliser Sabah Sdn Bhd (PCFSSB) yang disampaika­n Yusof.

 ??  ?? YUSOF berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.
YUSOF berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia