Utusan Borneo (Sabah)

Membangun pendidikan tanggungja­wab bersama

-

MEMBAKUT: Semua pihak perlu memainkan peranan yang penting dalam membangun pendidikan di kawasan Membakut tanpa mengira aliran dan fahaman politik, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut Datuk Haji Mohd. Arifin Haji Mohd. Arif.

Katanya, tanggungja­wab ini perlu dipikul bersama oleh pemimpin kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan, parti politik, rakyat dan juga ibu bapa.

“Usaha membangun pendidikan di kawasan Membakut adalah tanggungja­wab semua tanpa mengira aliran politik.

“Saya akan bersama-sama dengan semua pemimpin politik di Membakut membangun ilmu di kawasan ini walaupun kami berbeza ideologi politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Ambang UPSR di Dewan Sri Wawasan Kampung Pimping.

Acara tahunan itu disertai oleh seramai 280 calon UPSR tahun ini daripada kesemua 15 sekolah kebangsaan dalam kawasan Membakut.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Cabang PKR Membakut Ag Kamis Ag.Ahmad dan Haji Sani Marif dari Parti Warisan atas jemputan Mohd.Arifin.

Hadir sama ialah pengerusi penyelaras program Persatuan Pesara Pegawai Pendidikan Malaysia (PPPPPM) cawangan Membakut Haji Wahid Mat Bati dan Pengerusi Majlis Guru Besar Membakut Ag Samad Haji Ag Besar.

Serentak itu, Mohd. Arifin meminta warga pendidik agar menerima apa sahaja usaha untuk memperkasa pendidikan menerusi kerjasama dengan semua pihak termasuk NGOs dan pemimpin setempat.

“Memperkasa pendidikan bukan terletak di bahu warga pendidik semata-mata. Peranan dan tanggungja­wab ini perlu dipikul bersama oleh semua pihak yang berkepenti­ngan.

“Menerusi gandingan tenaga dan sumbangan semua pihak, usaha mencapai kecemerlan­gan pendidikan untuk Membakut akan lebih cepat menjadi realiti,” katanya.

 ??  ?? ARIFIN (sepuluh dari kiri) bersama pemimpin kerajaan, masyarakat, pendidik dan murid-murid yang menyertai program Ambang UPSR.
ARIFIN (sepuluh dari kiri) bersama pemimpin kerajaan, masyarakat, pendidik dan murid-murid yang menyertai program Ambang UPSR.
 ??  ?? ARIFIN menyampaik­an buku panduan peperiksaa­n UPSR kepada calon-calon UPSR Membakut.
ARIFIN menyampaik­an buku panduan peperiksaa­n UPSR kepada calon-calon UPSR Membakut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia