Utusan Borneo (Sabah)

Jemaah haji M’sia selamat

Ribut landa Arafah

- -Gambar Bernama

ARAFAH: Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahka­n bahawa semua jemaah haji Malaysia selamat dalam kejadian ribut di sini yang berlaku pada 6.30 petang hingga 8.00 malam waktu Arab Saudi.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, TH berkata kekukuhan strukturbi­naanrangka­khemah yang dibuat oleh kerajaan Arab Saudi menjadi antara penyebab kepada ketiadaan kemalangan jiwa yang melibatkan jemaah Malaysia.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Abdul Rahman berkata semasa kejadian ribut dan hujan itu, pihak bomba Arab Saudi telah mengarahka­n bekalan elektrik ditutup bagi menjaga keselamata­n para jemaah haji yang berada di Arafah.

“Pemeriksaa­n menyeluruh dilaksanak­an di setiap maktab

“Semasa kejadian ribut dan hujan itu, pihak bomba Arab Saudi telah mengarahka­n bekalan elektrik ditutup bagi menjaga keselamata­n para jemaah haji yang berada di Arafah.” DATUK SERI SYED SALEH ABDUL RAHMAN Ketua Rombongan Haji Malaysia

dan terdapat beberapa khemah jemaah haji Malaysia mengalami kerosakan dan kini dalam proses baik pulih oleh pihak Muassasah Asia Tenggara,” katanya

Semua jemaah haji Malaysia dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan bekalan elektrik disambung semula secara berperingk­at mulai pukul 10.45 malam.

“Waris dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan keadaan jemaah haji Malaysia yang kini berada di Arafah,” katanya.- Bernama

 ??  ?? KESEMUA jemaah haji Malaysia yang berada di Arafah dilaporkan selamat dan keadaan khemah kebanyakka­nnya masih kukuh walaupun dilanda ribut pasir dalam kejadian pada 6.30 petang hingga 8 malam waktu Arab Saudi.
KESEMUA jemaah haji Malaysia yang berada di Arafah dilaporkan selamat dan keadaan khemah kebanyakka­nnya masih kukuh walaupun dilanda ribut pasir dalam kejadian pada 6.30 petang hingga 8 malam waktu Arab Saudi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia