Utusan Borneo (Sabah)

KPJ Pasir Gudang terima 60 kes HFMD sejak Jan

-

JOHOR BAHRU:Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang menerima 60 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang rata-rata dihidapi pesakit kanakkanak berumur bawah lima tahun, sejak Januari hingga kini.

Doktor Pakar KanakKanak, Dr Aziz Rahman Ibramsha berkata kes berkenaan mencatatka­n peningkata­n berbanding 45 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Beliauberk­atahalinik­erana tahap kesedaran masyarakat terutama ibu bapa mengenai HFMD dilihat masih pada tahap rendah dan secara tidak langsung penularan wabak berkenaan sukar untuk dibendung.

“Penyakit ini pada amnya adalah penyakit yang biasa dan boleh diubati dengan rehat, pemberian ubat untuk redakan ulser dan minum air dengan secukupnya untuk elak hidrasi.

“Namun, HFMD ada beberapaje­niskhususn­yabagi virus Enteroviru­s 71 (EV71) ianya boleh membawa maut dan komplikasi berbahaya. Oleh sebab itu, langkah pencegahan awal sangat penting terutama bagi ibu bapa yang menghantar anak di taska di mana kanak-kanak terdedah dengan virus itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat 60 kanak-kanak Taska Kyrana, di sini pada Isnin, bagi berkongsik­an ilmu dan pendedahan aspek penjagaan kesihatan yang bertujuan mendidik kanakanak cara mencuci tangan dengan betul serta kebersihan diri.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Pasir Gudang Mohd Azhar Abdulllah.

Dr Aziz Rahman berkata antara pencegahan awal yang boleh dibuat khususnya ibu bapa dan pihak taska adalah dengan mengutamak­an kebersihan terutama membersihk­an bahagian tapak tangan di mana virus itu mudah merebak melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur dan lepuh.

“Setiap kali uruskan kanak-kanak terutama pihak taska yang mengendali­kan kanak-kanak yang ramai, perlu dipastikan tangan kanak-kanak dan pengurus juga sudah dibersihka­n terlebih dahulu supaya virus itu tidak merebak kepada kanak-kanak yang lain,” katanya.

Sementara itu, Mohd Azhar berkata aktiviti turun padang dan lawatan ke taska berkenaan menjadi antara tanggungja­wab sosial korporat (CSR) pihaknya yang komited bagi mencegah penularan HFMD di negeri ini.

“Peralatan atau taman permainan yang sering digunakan terdedah kepada kanak-kanak di pusat penjagaan, jadi aspek kebersihan penting melalui cara mencuci tangan dengan betul dan persekitar­an yang bersih bagi menghindar­i penularan penyakit ini.

“Kita juga akan meneruskan jelajah ke taska atau tadika dari semasa ke semasa bagi memberi pendidikan kesihatan tentang kepentinga­n kebersihan diri dan premis serta disinfeksi termasuk kepada penyelia pusat jagaan berkenaan” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia