Utusan Borneo (Sabah)

Brazil kerah pasukan tentera ke sempadan

Ekoran ketegangan memuncak dengan kehadiran sejumlah besar pendatang Venezuela

-

SAO PAULO: Presiden Brazil Michel Temer telah menyeru bagi mesyuarat tergempar untuk menterimen­teri utama kelmarin selepas mengerahka­n pasukanten­terakesemp­adan dengan Venezuela ketika ketega-nganwilaya­hberlaku akibat pemergian beramairam­ai dari negara jirannya yang dilanda krisis.

Tindakan muncul selepas penduduk di bandar sempadan Pacaraima bertempur secara ganas dengan pendatang Venezuela, menghalau mereka keluar dari kem sementara.

Temer telah bertemu dengan menteri kanan di istana presidenny­a di Brasilia, termasuk mereka yang dari pihak pertahanan, keselamata­n awam dan hal ehwal luar negara bagi membincang­kan respons Brazil terhadap krisis tersebut.

Situasi di Pacaraima, bagi pihak bertentang­an di sempadan hingga ke bandar Santa Elene de Uairen di Venezuela, adalah tenang selepas keganasan pada Sabtu lepas, sebahagian besarnya kerana hampir semua rakyat Venezuela telah dipaksa keluar.

“Lebih 1,200 pendatang Venezuela telah kembali ke Venezuela,” selepas keganasan pada Sabtu lepas, seorang jurucakap bagi pasukan migrasi Brazil memberitah­u AFP.

Dianggarka­n, kira-kira 500 rakyat Venezuela telah menyeberan­gi setiap hari ke Brazil namun pada kelmarin, “aliran adalah jauh lebih perlahan berbanding harihari sebbelumny­a,” menurut jurucakap tersebut.

“Bandar kelihatan kosong pada hari ini, ia adalah sangat sunyi kerana pasukan polis telah tiba dan pasar telah dibuka semula,” menurut seorang penduduk tempatan di bandar yang mempunyai kira-kira 12,000 penduduk, yang tidak mahu dirinya dikenali.

Kementeria­n keselamata­n awam telah mengumumka­n ia menghantar satu kontinjen seramai 120 anggota tentera termasuk seorang pakar kesihatan untuk menyertai kumpulan di kawasan tersebut semalam.

Berpuluh ribu rakyat Venezuela telah menyeberan­gi sempadan ke Brazil sepanjang tiga tahun lepas ketika mereka mahu melarikan diri dari krisis ekonomi, politik dan sosial yang membelengg­u negara mereka. Caracas telah dijangka akan mengemukak­an langkah baharu yang radikal semalam bagi menangani inflasi, termasuk mengeluark­an wang kertas baharu.

Brazil merupakan destinasi utama bagi rakyat Venezuela yang meninggalk­an negara mereka kerana ia merupakan salah satu dari beberapa negara di rantau itu yang tidak memerlukan mereka mendapatka­n pasport.

Ketegangan terbaharu bermula awal Sabtu lepas, beberapa jam selepas seorang peniaga tempatan dirompak dan dipukul dengan teruk dalam satu insiden dipersalah­kan terhadap suspek dari Venezuela, di Pacaraima, di mana dianggarka­n 1,000 pendatang telah menetap di jalan tersebut.

Beberapa penduduk tempatan kemudian menyerang dua kem sementara pendatang dan membakar barangbara­ng mereka, memaksa pendatang Venezuela kembali melintasi sempadan. Beberapa das tembakan telah dilepaskan, kedai-kedai ditutup dan serpihan terdapat di atas jalan raya.

Gabenor wilayah Roraima Suely Campos membuat satu rayuan untuk menutup buat sementara waktu sempadan dan meminta Brasilia untuk menghantar pasukan bantuan keselamata­n bagi “berdepan dengan peningkata­n jenayah” yang beliau kaitan dengan rakyat Venezuela di wilayah ini, terutama di ibu negara Boa Vista.

Sementara itu, Caracas telah menyeru kepada Brazil pada Sabtu lepas agar menyediaka­n “jaminan berkaitan dengan rakyat Venezuela dan mengambil langkah untuk mengawal dan memastikan keselamata­n keluarga dan harta benda mereka.”

Ketegangan telah meningkat di Amerika Latin berkaitan dengan migrasi berpunca dari krisis di Venezuela dan di Nicaragua, di mana Presiden Daniel Ortega telah mengetuai satu tindakan kejam terhadap penunjuk perasaan antikeraja­an.

Peru dan Ecuador telah menghentik­an pendatang di sempadan dengan meminta mereka untuk menunjukka­n pasport terbaharu mereka – yang ramai tidak memilikiny­a – berbanding dengan kad pengenalan.

Pada minggu lepas sahaja, 20,000 rakyat Venezuela telah memasuki Peru, menurut pihak berkuasa.

Kelmarin, 18 pendatang Venezuela tanpa dokumen telah ditahan di ibu negara Lima, kata polis. — AFP

di bandar Pacaraima di sempadan Brazil membakar tayar dan barangan milik pendatang Venezuela selepas menyerang dua kem sementara, mendorong pendatang kembali ke negara asal mereka pada 18 Ogos lalu. Isac Dantes/AFP

 ??  ?? PENDUDUK — Gambar
PENDUDUK — Gambar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia