Utusan Borneo (Sabah)

Boko Haram bunuh enam di kampung Nigeria

-

KANO: Sekurangku­rangnya enam orang maut apabila pejuang jihad Boko Haram menyerbu sebuah kampung di timur laut Nigeria, membakar rumah-rumah dan mencuri bekalan makanan, menurut seorang ketua militia tempatan dan penduduk kelmarin.

Militan Boko Haram telah tiba dengan menaiki beberapa trak di Mairari, 10 kilometer dari pekan sempadan Monguno di wilayah Borno, pada petang Sabtu, melepaskan tembakan dan bom tangan yang dilancarka­n dengan roket.

“Dalam kekeliruan, penyerang bersenjata Boko Haram telah menahan enam lelaki dan membunuh mereka,” ketua militia Babakura Kolo memberitah­u AFP dari bandar utama wilayah Maiduguri.

“Mayat enam mangsa telah ditemui pada pagi ini (Ahad) ketika penduduk kembali semula ke kampung yang hangus terbakar,” jelas Kolo.

Seorang penduduk kampung, Aisami Grema, memberikan angka kematian yang sama, sambil menambah bahawa pihak polis yang ditempatka­n di kampung tidak menentang pihak Islamis.

“Pihak polis tidak melakukan cubaan untuk terlibat dengan pejuang Boko Haram,” menurut Grema.

Pihak militan telah menggeleda­h kampung selama dua jam sebelum pergi, kata seorang lagi penduduk kampung Masida Umar.

Pada Jumaat lepas, empat peladang terbunuh apabila Boko Haram menyerang ladang tanaman berhampira­n Maiduguri.

Serangan terhadap orang awam muncul selepas pihak Islamis melancarka­n satu siri serangan terhadap pasukan tentera Nigeria, memberikan tekanan kepada kerajaan Presiden Muhammadu Buhari bagi menangani keadaan tidak selamat di negara paling ramai penduduk di Afrika sebelum pilihan raya umum pada Februari tahun depan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia