Utusan Borneo (Sabah)

Mayat ditemui selepas banjir surut di Kerala

-

KOCHI: Air banjir yang surut meninggalk­an pasukan tentera India dan anggota penyelamat dengan tugas yang menggerunk­an semalam bagi mencari mayat yang ditinggalk­an oleh monsun terburuk dalam tempoh satu abad di wilayah Kerala ketika angka kematian meningkat melebihi 400 orang.

Dengan hampir satu pertiga daripada sejuta orang telah memenuhi kem se-mentara di wilayah selatan, terkenal dengan pantai pelanconga­nnya dan pusat peranginan bukit, pihak berkuasa juga bimbang de-ngan wabak penyakit.

Selepas hujan lebat selama seminggu, hujan mulai berkuranga­n semalam dan paras banjir telah menurun di banyak daerah. Beberapa helikopter dan bot tentera meneruskan misi untuk mencari mangsa terselamat yang terperangk­ap dan men-jatuhkan makanan serta air di kampung-kampung terpencil.

Pihak berkuasa berkata 22,000 orang telah diselamat-kan kelmarin. Sekurangku­rangnya 30 mayat turut ditemui, menjadikan angka kematian melebihi 200 sejak hujan lebat mulai turun pada 8 Ogos dan lebih 400 sejak monsun bermula pada Jun.

Ketua Menteri Kerala Pinarayi Vijayan berkata keutamaan sekarang adalah untuk memberikan air minuman yang bersih dan mengembali­kan bekalan tenaga elektrik ke wilayah ini yang mempunyai 33 juta penduduk.

“Jumlah orang yang berlindung di 5,645 kem sementara telah meningkat kepada 724,649 orang,” Vijayan memberitah­u wartawan kelmarin.

Beliau menyatakan pegawai kesihatan akan dikerahkan di setiap kampung bagi membendung penyebaran penyakit berjangkit.

Ribuan anggota tentera darat, laut dan udara telah dikerahkan bagi membantu mereka yang terkandas di kawasan pergununga­n dan terpencil.

Beberapa helikopter telah menjatuhka­n bertan-tan makanan, ubat-ubatan dan air di sekitar kawasan yang terputus akibat jalan raya dan jambatan yang rosak.

Di kawasan yang teruk terjejas seperti Thrissur dan Chengannur, anggota penyelamat telah memeriksa rumahrumah yang ditenggela­mi air di mana mereka menemui mayat penduduk yang terperangk­ap oleh banjir yang naik dengan cepat.

“Mereka tidak memikirkan bahawa ia akan naik setinggi itu – 10 hingga 15 kaki di beberapa kawasan – ketika amaran awal telah dikeluar-kan,” menurut Ashraf Ali K.M, yang mengetuai usaha pencarian di pekan kecil Mala di Thrissur.

Banjir telah menyebabka­n kerugian dianggarka­n pada $3 bilion namun nilai tersebut kemungkina­n akan bertambah ketika skala kemusnahan menjadi lebih jelas. — AFP

bomba dan penyelamat Kerala memikul kanak-kanak mengharung­i air banjir semasa operasi menyelamat di kampung Annamanada di Daerah Thrissur, di negeri Kerala, selatan India kelmarin.

 ??  ?? ANGGOTA — Gambar Manjunath Kiran/AFP
ANGGOTA — Gambar Manjunath Kiran/AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia