Utusan Borneo (Sabah)

Nyawa lima kanak-kanak Perancis terancam selepas bangunan terbakar

-

PARIS: Satu kebakaran di sebuah bangunan kediaman berhampira­n Paris kelmarin telah menyebabka­n tujuh orang mengalami kecederaa serius termasuk lima kanakkanak yang berada dalam keadaan “nyawa terancam,” menurut anggota bomba.

Kira-kira 16 orang termasuk 10 anggota polis dan seorang anggota bomba telah turut mengalami kecederaan ringan dalam kebakaran di Aubervilli­ers, timur laut Paris, yang kemudian berjaya dikawal, kata perkhidmat­an bomba.

Di pekan yang sama kurang dari sebulan lepas, satu kebakaran di sebuah kompleks perumahan telah mengorbank­an seorang ibu dan tiga anaknya berusia 18 bulan hingga enam tahun, dan menyebabka­n sembilan lagi tercedera.

Kira-kira 100 anggota bomba telah diperlukan bagi menangani kebakaran kelmarin, yang merebak hingga bahagian loteng sebuah bangunan dua tingkat.

Menurut seorang sumber polis, penghuni bangunan telah menggunaka­n tingkap untuk menyelamat­kan diri dari kebakaran sementara yang lain telah berlindung di atas bumbung.

Punca kebakaran masih belum diketahui, tambah perkhidmat­an bomba.

“Aubervilli­ers telah sekali lagi dilanda kebakaran yang serius,” datuk bandar di pekan tersebut Meriem Derkaoui menyatakan dalam Twitter, sambil menambah bahawa kawasan kebakaran merupakan sebuah kediaman peribadi namun pekan tersebut perlu untuk melihat kepada keadaan penempatan­nya. — AFP

 ?? — Gambar Thomas Samson/Gambar AFP ?? ANGGOTA bomba dilihat berkumpul di sebatang jalan selepas kebakaran meletus di Aubervilli­ers, sebuah subbandar di utara Paris, Perancis kelmarin.
— Gambar Thomas Samson/Gambar AFP ANGGOTA bomba dilihat berkumpul di sebatang jalan selepas kebakaran meletus di Aubervilli­ers, sebuah subbandar di utara Paris, Perancis kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia