Utusan Borneo (Sabah)

Wushu: Tan gagal raih kedudukan podium dalam acara Nandao

-

JAKARTA:Sambutan hari jadi ke-20 pada Isnin tidak membawa sebarang erti untuk atlet wushu negara, Tan Cheong Min yang gagal meraih kedudukan podium dalam acara Nandao wanita di sini, pada Isnin.

Kesilapan ketika melakukan pendaratan jelas memberi kesan kepada Tan yang sekadar meraih 9.44 mata pada aksi di Dewan B, Expo Antarabang­sa Jakarta, Kemayoran.

Keputusan tersebut menyaksika­n anak jati Melaka itu menduduki tangga keempat keseluruha­n dengan kutipan 19.15 mata.

Tan yang ditemui pemberita Malaysia selepas perlawanan berkenaan, nyata sebak setelah gagal meraih sebarang kedudukan podium dalam penyertaan sulung.

“Kesilapan hari ini memang tidak dijangka dan saya akui agak sedikit kecewa kerana hari ini merupakan hari jadi saya yang ke-20, namun saya akan terus berusaha membaiki kelemahan saya untuk kejohanan seterusnya,” jelasnya yang mengalirka­n air mata.

Tan, bagaimanap­un tekad bangkit memburu keputusan positif pada penyertaan sulungnya pada edisi kedua Kejohanan Taolu Piala Dunia 2018 di Myanmar pada November

Terdahulu, seorang lagi wakil negara, Audrey Chan Yee Jo berkongsi tempat keenam bersama wakil Singapura, Ho Lin Ying dalam acara Taijijian wanita dengan catatan 9.65 mata.

Keputusan itu menyaksika­n beliau menduduki tangga ketujuh daripada

16 peserta keseluruha­n dengan catatan 19.21 mata. Chan mengutip

9.56 dalam acara Taijiquan, pada Ahad.

Atlet Indonesia, Lindswell Kwok mengunggul­iacara berkenaan dengan catatan keseluruha­n 19.50 mata, disusuli atlet Hong Kong, Juanita Mok Uen Ying (19.42 mata), manakala wakil Filipina, Agatha Chrystenze­n Wong menggondol pingat gangsa setelah mengumpul 19.36 mata. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? Pemain hoki negara, Wan Norfaiezah Md Saiuti (tengah) ketika mengasak pemain pertahanan Hong Kong pada perlawanan hoki wanita Malaysia menentang Hong Kong pada Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno pada Isnin. Keputusan penuh Malaysia 8 Hong Kong 0. TAN beraksi dalam kategori Nandao Wanita Akhir sempena Sukan Asia 2018 di JIEXPO Kemayoran pada Isnin. Gambar Bernama MENANG:
-Gambar Bernama Pemain hoki negara, Wan Norfaiezah Md Saiuti (tengah) ketika mengasak pemain pertahanan Hong Kong pada perlawanan hoki wanita Malaysia menentang Hong Kong pada Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno pada Isnin. Keputusan penuh Malaysia 8 Hong Kong 0. TAN beraksi dalam kategori Nandao Wanita Akhir sempena Sukan Asia 2018 di JIEXPO Kemayoran pada Isnin. Gambar Bernama MENANG:
 ?? -Gambar Bernama ?? Perejam Skuad Sepak Takraw Negara, Muhammad Afifuddin Mohd Razali membuat rejaman ketika beraksi menentang pasukan Korea Selatan dalam acara Regu Berpasukan di Temasya Sukan Asia Jakarta Palembang Ke-18 di Bandar Sukan Jakabaring, pada Isnin. Malaysia menang 3-0.
-Gambar Bernama Perejam Skuad Sepak Takraw Negara, Muhammad Afifuddin Mohd Razali membuat rejaman ketika beraksi menentang pasukan Korea Selatan dalam acara Regu Berpasukan di Temasya Sukan Asia Jakarta Palembang Ke-18 di Bandar Sukan Jakabaring, pada Isnin. Malaysia menang 3-0.
 ??  ?? BELASAH:
BELASAH:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia