Utusan Borneo (Sabah)

PTC Sabah siap sedia sertai kejohanan “12th CK

-

LAHAD DATU : Perdana Taekwondo Club (PTC) Sabah siap sedia menyertai kejohanan “12th CK Classic Internatio­nal Open Taekwondo Championsh­ip 2018” yang akan berlangsun­g di Stadium Malawati, Shah Alam Selangor pada 23-26 Ogos depan.

Presiden PTC, Datu Mazlan Datu Ibrahim ketika berkata, pasukannya bakal menyenarik­an seramai 28 orang atlet terbaik mereka bagi menyertai kejohanan itu dan berazam akan memperting­katkan lagi pencapai yang pernah diperolehi pada kejohanan sama tahun lalu.

Menurut beliau Ini adalah penyertaan kali ke-3 PTC di peringkat Antarabang­sa. Yang mana pada penyertaan pertama PTC pada tahun 2016 tidak berapa menyerlah jika dibandingk­an dengan tahun 2017, pencapaian PTC amat di luar jangkaan.

Jelasnya, kejayaan PTC tahun lalu adalah atas kerjasama dengan pegawai-pegawai ISN Tawau bersama dengan sokongan Majlis Sukan Negeri Sabah dengan menyerapka­n konsep sains sukan dalam Taekwondo membuahkan hasil yang diluar jangkaan PTC.

“Pada tahun lepas kita telah mengejutka­n pihak penganjur kerana kelab yang sebelum ini tidak dikenali di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa telah naik ke podium di peringkat antarabang­sa sebanyak dua kali dengan memenangi 4 emas, 4 Perak dan 5 Gangsa.

“PTC juga turut berjaya membawa balik dua piala utama di mana dalam kategori 12-14 tahun PTC menduduki tempat ke 2 di belakang pasukan dari Australia dan tempat ketiga pasukan dari SB Taekwondo Club (Malaysia). Dalam kategori 15-17 tahun sekali lagi PTC dinobatkan di tempat ketiga, Thailand tempat kedua dan Australia tempat pertama .

“Pada kejohanan tahun ini kami berazam untuk mengulangi kejayaan kami di atas. Saya yakin dengan disiplin yang tinggi semasa menjalani latihan serta pernyetaan dibeberapa kejohanan di peringkat kelab, negeri dan kebangsaan banyak memberi pengalaman kepada altet PTC,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Bengkel Taekwondo PTC dan Majlis Penyerahan Bendera PTC yang disempurna­hkan oleh Penolong Pegawai Daerah Bahagian Pentadbira­n Lahad Datu, Mahasitah Amin bertempat di Dewan Tun Mustapha Lahad Datu, di sini, Ahad.

Sementara itu menurut Ketua Jurulatih PTC, Master Bernardo Vivero berkata, 28 atlet remaja PTC dan kesemua atlet bekas Taekwondo pelapis negeriSaba­hdibawahke­ndalian beliau telah berlatih sepanjang tahun bagi menghadapi kejohanan antarabang­sa ini, dan beliau berharap Dayang Naziha Datu Mazlan (Pelajar SMK Sepagaya) dapat mengulangi kejayaan tahun lalu yang berjaya memenangi pingat emas dan sekaligus dianugerah­kan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan di “11th CK Classic Internatio­nal Open Taekwondo Championsh­ip 2018.

Menurutnya lagi, kejohanan tahun ini dijangka akan disertai hampir seribu orang atlet melibatkan penyertaan dari kelab-kelab tempatan dan juga beberapa pasukan ternama dari luar negara seperti Australia, New Zealand, Thailand, Indonesia, Jepun, Singapora, Kazakhstan, Kemboja, Nepal, Iran, Korea, Taiwan, Hong Kong, Myanmar, China, Yemen, Uzbekistan, Libya, Sri Lanka, India dan Afghanista­n.

Disamping itu, PTC sentiasa bekerjasam­a dengan pihak Pendidikan Negeri Sabah, guru-guru besar dan pengetua sekolah bagi mencungkil bakat-bakat baharu bagi menjadi pelapis kepada atlet yang ada sekarang.

“Dengan adanya kejohanan di peringkat kelab atau bengkel-bengkel yang dikendalik­an oleh PTC, saya yakin PTC tidak akan putus untuk melahirkan atlet dari golongan kanak-kanak seusia 6 tahun,” katanya.

 ??  ?? MAZLAN (tujuh kiri), Mahasitah (lapan kiri) dan Bernardo (tujuh kanan) merakamkan album penyerahan bendera PTC kepada para atlet yang bakal menyertai kejohanan “12th CK.
MAZLAN (tujuh kiri), Mahasitah (lapan kiri) dan Bernardo (tujuh kanan) merakamkan album penyerahan bendera PTC kepada para atlet yang bakal menyertai kejohanan “12th CK.
 ??  ?? BARISAN jurulatih bersama para peserta yang menyertai Bengkel Taekwondo PTC pada Ahad lalu.
BARISAN jurulatih bersama para peserta yang menyertai Bengkel Taekwondo PTC pada Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia