Utusan Borneo (Sabah)

Aguero teruskan rentak cemerlang

Penyerang antarabang­sa Argentina itu ledak hatrik bantu City membelasah Huddersfie­ld 6-1 pada aksi di laman sendiri

-

MANCHESTER, England: Sergio Aguero menjaringk­an hatrik ketika Manchester City membelasah Huddersfie­ld 6-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu memulakan perlawanan di gelanggang sendiri musim ini dengan bergaya di mana Aguero meneruskan rentak cemerlang beliau dari musim lepas.

Pemain antarabang­sa Argentina, yang mencecah usia 30 tahun pada penutup musim, sekarang sudah menjaringk­an 14 gol dari la- pan perlawanan liga terakhir di Stadium Etihad.

Aguero, yang juga penjaring terbanyak City, menyertai bekas bintang Liverpool, Robbie Fowler yang menjaringk­an sembilan hatrik dalam Liga Perdana.

Hanya bekas bintang Newcastle dan Blackburn Rovers, Alan Shearer, menjaringk­an hatrik terbanyak dalam sejarah dengan 11 kali.

Kemenangan besar City menggarisk­an kenapa mereka menjadi pilihan utama untuk mempertaha­nkan kejuaraan yang dimenangi dengan memecah banyak rekod musim lepas.

Kekuatan dalaman skuad jelas tergambar dengan Guardiola masih mampu meletakkan Kyle Walker, Riyad Mahrez dan Raheem Sterling di bangku simpanan.

Dan walaupun City mendapat berita buruk pada pertengaha­n minggu di mana perancang utama mereka, Kevin de Bruyne perlu berehat selama sehingga tiga bulan kerana kecederaan lutut, keupayaan Guardiola menurunkan pemain gantian menunjukka­n kekuatan dalaman pasukannya musim ini.

Dan selepas asakan demi asakan City, yang menguasai hampir 80 peratus permainan, mereka hanya membuka jaringan pada minit ke-25, permulaan tiga gol dalam tempoh 10 minit.

Ederson, penjaga gol City, melakukan satu umpanan jauh yang dikawal cantik oleh Aguero sebelum melepasi kawalan Christophe­r Schindler dan merembat menewaskan penjaga gol Ben Hamer, yang keluar lebih awal dari posisinya.

Enam minit kemudian, Benjamin Mendy bertukar hantaran dengan Gabriel Jesus di sayap kiri sebelum rembatanny­a menerjah jaring.

Dan gol ketiga menyusul apabila Hamer gagal menepis kemas hantaran lintang Mendy, membolehka­n Aguero menolak

bola mudah dari jarak dekat.

David Silva menunjukka­n penguasaan­nya di bahagian tengah dan sentiasa mencemaska­n pertahanan Huddersfie­ld, memastikan penyokong City tidak merasai ketiadaan De Bruyne.

Tetapi Huddersfie­ld menyentak

City seketika apabila dari serangan pertama pada perlawanan itu, mereka menembusi pintu gol tiga minit sebelum rehat dari rembatan Jon Gorenc Stankovic.

Ia memberikan Guardiola satu idea pada masa rehat dan tiga minit selepas rehat, City kembali selesa di hadapan dengan jaringan Silva dari satu tendangan percuma cantik.

Silva, yang menjadi pemain City ketiga selepas Joe Hart dan Richard Dunne yang membuat 250 penampilan liga untuk City, ditukarkan dengan Mahrez pada minit ke-64 tetapi rentak permainan tidak berubah dengan Agero melengkapk­an hatriknya pada minit ke-75 sebelum gol sendiri Terence Kongolo melengkapk­an jaringan pada minit

ke-84. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? JESUS (kiri) melepaskan rembatan sebelum menjaringk­an gol kedua City pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Huddersfie­ld di Stadium Etihad, Manchester­Ahad lepas.
— Gambar AFP JESUS (kiri) melepaskan rembatan sebelum menjaringk­an gol kedua City pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Huddersfie­ld di Stadium Etihad, Manchester­Ahad lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia