Utusan Borneo (Sabah)

Mourinho akui United terima padah akibat ‘kesilapan teruk’

-

BRIGHTON, England: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mengakui pasukannya menerima padah kerana “kesilapan teruk” ketika pasukannya tewas 2-3 di Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas.

United tersentak apabila Brighton menjaringk­an dua gol dalam tempoh dua minit menerusi gol Glenn Murray dan Shane Duffy pada pertengaha­n separuh masa pertama.

Romelu Lukaku merapatkan kedudukan tetapi tendangan penalti Pascal Gross membolehka­n Brighton mendahului 3-1 pada masa rehat.

United kelihatan tidak mampu untuk bangkit dan tendangan penalti Paul Pogba pada minit kecederaan untuk merapatkan kedudukan jelas terlalu lewat untuk mengubah nasib pasukan.

Mourinho mengakui pemainnya harus menyalahka­n diri mereka sendiri untuk kekalahan liga yang pertama musim ini.

“Kami dihukum oleh kesilapan yang kami sendiri lakukan. Bagi saya, itulah kesimpulan dari perlawanan ini. Kami melakukan kesilapan teruk pada saat penting. Kesilapan yang membunuh kami,” kata Mourinho.

“Terutama sekali gol ketiga – kami menjangkak­an untuk bangkit dari 1-2 tetapi gol ketiga dalam separuh masa kedua membunuh kami. Gol kedua kami juga hadir terlalu lewat.”

Ramai pemain bintang United, termasuk Pogba, pemain baharu, Fred dan penyerang Anthony Martial, kelihatan mengejar bayangbaya­ng untuk hampir sepanjang permainan tetapi Mourinho enggan mengkritik pemain secara individu.

“Saya tidak mahu melakukann­ya, saya sudah belajar dari realiti,” kata beliau.

“Musim lepas, apabila saya mengkritik pasukan saya dan berdebat secara terbuka tentang prestasi pemain, saya dikritik kerana terlalu terbuka tentang pemain saya.

“Saya akan bersikap terbuka apabila mereka bermain dengan baik. Saya tidak dapat mengkritik keazaman pemain.”

Pogba bagaimanap­un mengakui kekalahan pasukan dengan permainann­ya di bawah tahap sebenarnya.

“Saya kecewa, dengan permainan saya sendiri dan permainan pasukan. Kami tidak selayaknya menang,” kata Pogba.

“Saya akan sentiasa cuba. Saya tahu saya kehilangan banyak bola dan ia tidak sepatutnya berlaku.”

Mempersoal­kan keazaman pasukannya, Pogba berkata Brighton kelihatan lebih berazam untuk mengutip mata.

“Mungkin kami tidak mempunyai sikap untuk mengatasi mereka, untuk cuba menamatkan saingan dan ia adalah sesuatu yang harus kami pelajari,” kata Pogba. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MOURINHO (kanan) bercakap dengan Lukaku ketika perlawanan liga menentang Brighton di Stadium American Express Community, Brighton kelmarin.
— Gambar AFP MOURINHO (kanan) bercakap dengan Lukaku ketika perlawanan liga menentang Brighton di Stadium American Express Community, Brighton kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia