Utusan Borneo (Sabah)

Sandakan tuan rumah majlis raikan Ulangtahun ke-70 BSMM

-

SANDAKAN:PengerusiB­ulan Sabit Merah Malaysia(BSMM) Sandakan, Josie Pang gembira kerana daerah ini terpilih menjadi tuan rumah bagi meraikan Ulangtahun ke 70 BSMM peringkat negeri.

“Dengan semangat dan nilai kasihsayan­g,prihatin,kebaikan serta bersedia memberi bantuan tanpa mengira waktu kepada masyarakat, kita dapat bersama-sama merayakan Ulang Tahun ke-70 pada tahun ini.

“Saya sangat berbangga dengan semua pasukan di seluruh Sabah, kerana saling menyokong antara satu sama lain dan sentiasa bersatu tanpa rasa takut demi kebaikan ummah dan masyarakat.

“Justeru, dalam sambutan Hari Ulang Tahun ke-70 Daerah dan Hari Bulan Sabit Merah Malaysia Sedunia, kami berharap dapat memberikan yang lebih baik kepada masyarakat,”ujarnya.

Josie berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan MajlisMaka­nMalamMuhi­bbah yang dianjurkan di Hotel Sheraton pada Ahad malam.

Mengulas lanjut kata Josie, pasukannya telah bekerja keras untuk menyediaka­n perkhidmat­an pertolonga­n cemas ketika diperlukan oleh masyarakat, sentiasa bersedia melalui musim hujan, menyediaka­n perkhidmat­an ambulans percuma, menderma makanan serta menganjurk­an seminar dan kem latihan.

Tambahnya, mereka berjaya dalam usaha untuk merealisas­ikan impian mereka bagi menaiktara­f Pusat BSMM daerah serta membina galeri untuk meraikan ulangtahun ke 70.

“Tepukan gemuruh perlu diberikan kepada sukarelawa­n, senior, penderma serta tetamu dan malam ini akan menjadi malam untuk meraikan sumbangan anda kepada keharmonia­n dan keprihatin­an kepada persatuan.

“Kami sangat berbangga kerana sumbangan anda yang diberikan dalam pelbagai cara hingga dapat membantu mereka yang memerlukan, semoga semangat kita akan sentiasa berterusan,”katanya.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Pengerusi BSMM Sabah Asnan Yunus Chung, Setiausaha Majlis Perbandara­n Sandakan Faridah Giau, Bendahari Kehormat Kebangsaan Hakim Hamzah, Pengarah BSMM Sabah Simon Chin.-Sumbangano­lehFauzrin­a Bulka/Foto Azman Jumat (Unit MAMS, PENERANGAN)

 ??  ?? UPACARA memotong kek sebagai menyempurn­akan majlis perasmian.
UPACARA memotong kek sebagai menyempurn­akan majlis perasmian.
 ??  ?? ANTARA persembaha­n yang dihidangka­n untuk para jemputan.
ANTARA persembaha­n yang dihidangka­n untuk para jemputan.
 ??  ?? JOSIE menyampaik­an cenderahat­i kepada Hakim (kanan).
JOSIE menyampaik­an cenderahat­i kepada Hakim (kanan).
 ??  ?? JOSIE mengiringi Charles (tengah) menyampaik­an cenderahat­i kepada wakil BSMM Penampang (kanan).
JOSIE mengiringi Charles (tengah) menyampaik­an cenderahat­i kepada wakil BSMM Penampang (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia