Utusan Borneo (Sabah)

See cari jalan percepat baik pulih sekolah usang

-

KUCHING: Pegawai Khas Kementeria­n Kerja Raya (KKR) See Chee How berkata beliau akan memberi keutamaan mencari jalan untuk mempercepa­tkan sekolah-sekolah yang usang di Sarawak dibaik pulih atau dibina semula.

See yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang dan Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak memberitah­u, pada masa sama beliau akan mengawasi serta memantau projekproj­ek utama yang sedang dilaksanak­an di negeri ini.

Ini penting katanya, bagi memastikan tidak ada projek lewat disiapkan mengikut jadual ditetapkan dan penguranga­n kos atau penjimatan dapat dilakukan.

Menurutnya penjimatan dapat dilakukan jika semua projek disiapkan mengikut jadual dan mengurangk­an kos sangat penting ketika ini kerana kerajaan kekurangan dana.

“Kita berharap penjimatan kos dapat dilakukan daripada projek Lebuh Raya Pan Borneo dan diharap kabinet persekutua­n akan bersetuju, sebahagian atau kesemua penjimatan daripada projek ini boleh diberikan kepada Kementeria­n Pendidikan atau KKR.

“Wang ini kita boleh gunakan untuk membaiki atau membina sekolah yang usang di Sarawak,” katanya pada sidang media di sini pada Ahad.

Mengulas mengenai projek Lebuh Raya Pan Borneo, See berkata rundingan antara kerajaan dan rakan pelaksana projek berkenaan Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) sedang berlangsun­g.

Menurutnya rundingan yang dijadual siap hujung September depan, bertujuan sama ada penjimatan kos projek berkenaan dapat dilakukan.

“Kerja-kerja di tapak diteruskan ... kesemua (11) pakej wang untuk menyiapkan­nya di tangan JKR Sarawak.

“Jadi mereka (syarikat kontraktor) akan meneruskan kerja mereka sehingga siap kemudian diiktiraf dan pembayaran dibuat,” katanya.

See menambah, selain projek Lebuh Raya Pan Borneo, terdapat banyak projek sedang dilaksanak­an di Sarawak, antaranya jalan menuju ke Kapit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia