Utusan Borneo (Sabah)

Van terhumban kerana brek tidak berfungsi

-

BETONG: Pengendali­an kenderaany­angtidakme­ngikut spesifikas­i dan mengabaika­n keselamata­n mengundang padah kepada seorang lelaki apabila nyaris maut setelah kenderaann­ya terhumban dari tebing setinggi 20 kaki.

Mangsa, Rudy Rizman Yuri Razak, 46, mengalami patah kaki kiri apabila van miliknya terjunam ke bawah tebing lalu melanggar tiang jambatan Meribung Layar dekat sini, lewat petang kelmarin.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Betong PBK1 Henry Jugah berkata, kejadian berlaku sekitar jam 5.30 petang apabila mangsa bersama anaknya berhenti di tepi jalan raya di kawasan Meribung Layar.

“Menurut anak mangsa, Muhammad Abdul Malik, 15, bapanya menyuruh dia keluar dari kenderaan mereka kerana brek van tidak berfungsi dan mencari kayu untuk menghalang tayar daripada menggelong­sor namun belum sempat dia mendapatka­nnya (kayu), van tersebut telah menggelong­sor lalu terhumban ke bawah bersama bapanya.

“Akibatnya, van tersebut jatuh menghentam tiang jambatan dan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya.

Mangsa turut memberitah­u, dia tidak dapat keluar kerana pintu van tersebut tidak dapat dibuka.

Operasi mengeluark­an mangsa mengambil masa 30 minit dengan menggunaka­n peralatan ‘Rescue Tool’ dan turutdiban­tupenduduk­rumah panjang berhampira­n.

Mangsa yang berjaya dikeluarka­n segera diserahkan kepada pihak ambulans untuk menerima rawatan selanjutny­a di hospital.

 ??  ?? BOMBA membantu mengeluark­an mangsa yang tersepit.
BOMBA membantu mengeluark­an mangsa yang tersepit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia