Utusan Borneo (Sabah)

Empat wanita disyaki melacur diberkas di hotel

-

BINTULU: Tiga wanita warga asing dan seorang wanita tempatan berumur 20 hingga 25 tahun ditahan sepasukan anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran semasa serbuan dilakukan ke atas sebuah hotel di kawasan Tanjung Batu, sekitar jam 8 malam Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zulkipli Suhaili dalam kenyataan media yang dikeluarka­n pada Ahad berkata, semasa serbuan sempena Ops Noda itu, kesemua wanita terbabit berada dalam beberapa bilik di hotel terbabit.

“Hasil serbuan yang kita jalankan telah menemui empat unit telefon bimbit, 14 kondom, krim perangsang seks dan wang tunai berjumlah RM4,083 dipercayai hasil kegiatan pelacuran yang dijalankan itu,” jelasnya.

Turut dirampas katanya, tiga pasport milik tiga wanita warga asing berkenaan.

Menurut Zulkipli, hasil soal siasat yang dijalankan ke atas kesemua suspek mendapatim­odusoperan­di yang digunakan pelacur bebas yang bergerak secara berkumpula­n itu sejak seminggu lalu ialah menggunaka­n aplikasi WeChatbagi­mendapatka­n pelanggan.

“Setelah mencapai persetujua­n, pelanggan akan datang ke bilik hotel terbabit dan akan dikenakan bayaran RM230 bagi 45 minit perkhidmat­an seks,” ujarnya.

Jelasnya, semasa serbuan dilakukan, salah seorang wanita warga asing berkenaan bertindak nekad terjun dari tingkat satu bangunan hotel itu untuk melarikan diri, namun berjaya ditangkap pihak polis.

Wanita berkenaan katanya, dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Bintulu kerana mengalami kecederaan.

Kes katanya, akan disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana melacurkan diri, yang mana kesemua mereka bakal berhadapan hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tiga wanita warga asing terbabit turut disiasat di bawah Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgu­nakan pas lawatan sosial yang boleh dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau keduaduany­a sekali jika sabit kesalahan.

Zulkipli dalam pada itu berkata, pihak polis akan terus menjalanka­n pemantauan serta siasatan terhadap kes pelacuran di bahagian ini bagi memastikan Bintulu bebas daripada gejala maksiat dan pelacuran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia