Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan kaji harga barang keperluan

Masalah struktur dan kuasa monopoli tidak memberi manfaat kepada rakyat: Lim

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menjalanka­n kajian menyeluruh ke atas masalah struktur yang disebabkan oleh kuasa monopoli, yang menyumbang kepada masalah kenaikan harga barang keperluan, termasuk gula, di negara ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata sebagai contoh, harga runcit gula di peringkat antarabang­sa hanya RM1.40 (satu kilogram) namun harga di Malaysia sebanyak RM2.90 (se kilogram).

“Ini adalah masalah struktur dan kuasa monopoli yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.

“Meraka hanya mahu keuntungan yang mereka tetapkan, dan menggunaka­n kuasa monopoli untuk kekalkan harga brangan,” katanya menjawab soalan tambahan Senator Datuk Seri Khairudin Samad pada sesi soal jawab di persidanga­n Dewan Negara, di sini semalam.

Lim berkata pengumuman mengenai kajian harga gula itu akan dibuat oleh Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Selain masalah struktural dan kuasa monopoli, Lim berkata isu keseimbang­an permintaan dan penawaran juga merupakan antara faktor yang menyebabka­n harga barang masih berada pada tahap yang sama, walaupun kadar cukai barang dan perkhidmat­an (GST) dikurangka­n pada kadar sifar mulai 1 Jun.

“Selaras dengan matlamat kerajaan untuk mengurangk­an kos sara hidup rakyat dan menghindar­i pihak yang tidak bertanggun­gjawab daripada mengambil kesempatan menaikkan harga untuk meraih keuntungan berlebihan, KPDNHEP akan memberi tumpuan sepenuhnya untuk membendung isu kenaikan harga barang melalui pelbagai langkah kawalan harga serta inisiatif,” katanya.

Beliau berkata inisiatif tersebut termasuk menguatkua­sakan Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan (AKHAP) 2011 melalui Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencat­utan

“Ini adalah masalah struktur dan kuasa monopoli yang tidak memberi manfaat kepada ” rakyat. LIM GUAN ENG Menteri Kewangan

(Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018 dan melaksanak­an tindakan penguatkua­saan pencatutan menerusi Operasi Anti Pencatutan (OPS CATUT).

“Sesi penglibata­n dengan persatuan pengguna dan agensi kerajaan juga akan diadakan, dan langkah penguatkua­saan ke atas perniagaan akan dijalankan secara berterusan di seluruh negara,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LIM ketika hadir pada Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen semalam.
— Gambar Bernama LIM ketika hadir pada Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia