Utusan Borneo (Sabah)

Maxis lancar pelan jalur lebar gentian sehingga 65 peratus lebih murah

-

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmat­an komunikasi dan Internet, Maxis Bhd, melancarka­n pelan jalur lebar gentian baharu untuk orang ramai dan perniagaan dengan harga sehingga 65 peratus lebih murah berbanding pelan sebelumnya.

Kedua-dua pelan gentian baharu bagi orang ramai dan perniagaan itu berkelajua­n sehingga 100Mbps and 30Mbps.

Ketua Pegawai Eksekutif, Robert Nason, berkata pelancaran itu sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk membolehka­n industri menawarkan lebih pilihan pada harga yang kompetitif kepada orang ramai dan perniagaan.

“Kami percaya jalur lebar berkenaan mempunyai masa depan yang hebat dan kami melihat potensi pertumbuha­n yang besar di pasaran,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Nason juga berkata, syarikat berkenaan menjangka untuk memberikan akses dengan kelajuan yang lebih tinggi pada masa hadapan dan mungkin menyediaka­n pelan baharu untuk pelanggann­ya.

Berharga RM129 sebulan untuk pelan 100Mbps dan RM89 sebulan untuk 30Mbps, pelan untuk orang ramai disertakan dengan internet tanpa had, penghala WiFi dual-band dan sokongan daripada pakar internet Maxperts.

Pelan 100Mbps disertakan dengan panggilan suara tanpa had dan telefon DECT percuma, sementara pelanggan yang mengambil pelan 30Mbps boleh memilih untuk menambah ciri-ciri ini.

Sementara itu, pelan gentian perniagaan berkenaan berharga RM139 sebulan untuk 100Mbps dan RM99 sebulan untuk 30Mbps, menawarkan manfaat gred perniagaan termasuk sokongan Maxpert, penghala gred perniagaan dengan tambahan keupayaan naik taraf kelajuan dan opsyen fleksibel tambahan untuk memilih pelbagai penyelesai­an tambahan berdasarka­n keperluan perniagaan tertentu.

Pakej 100Mbps untuk perniagaan disertakan dengan panggilan tanpa had untuk ke semua rangkaian. — Berrnama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia