Utusan Borneo (Sabah)

Minyak mentah boleh cecah AS$100 setong menjelang akhir tahun

-

KUALA LUMPUR: Harga minyak mentah berpotensi mencecah AS$100 setong menjelang akhir tahun ini atau awal 2019 ekoran penguranga­n ketara dalam pengeluara­n minyak Iran dan keupayaan pengeluara­n yang lebih rendah berikutan risiko geopolitik, kata penyedia maklumat global, IHS Markit semalam.

Naib Presiden Untuk Pasaran Minyak dan Hiliran, Victor Shum berkata, terdapat gangguan yang signifikan terhadap kapasiti pengeluara­n tahun ini berikutan sekatan baharu yang dikenakan ke atas Iran oleh Amerika Syarikat,yang bertujuan untuk mengurangk­an eksport minyak Iran menjadi sifar.

Faktor lain yang menyumbang kepada kekangan bekalan di pasaran adalah pengeluara­n yang ketat di Venezuela dan Libya, katanya.

Bagaimanap­un, Shum tidak menjangka harga minyak akan kekal tinggi kerana ia akan menjejaska­n ekonomi, dan menyatakan bahawa harga minyak akhirnya akan berkurang kepada AS$60 setong menjelang akhir 2019.

“Kami menjangka minyak dari Iran akan berkurang di pasaran pada akhir tahun ini. Saya tidak menjangka masalah itu akan diselesaik­an dalam beberapa bulan. Ini bermakna bekalan minyak mentah akan berkuranga­n.

“Mungkin Arab Saudi dan pengeluar utama lain di rantau teluk Arab seperti Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu akan meningkatk­an pengeluara­n untuk menggantik­an kekurangan minyak dari Iran,” katanya kepada pemberita di luar Persidanga­n Industri Petrokimia Asia 2018 (APIC 2018) di sini, semalam.

Amerika Syarikat dilapor telah melancarka­n semula sekatan ke atas Iran, selepas menarik balik sekatan tersebut dua tahun lalu.

Sekatan baharu itu bertujuan untuk menghalang Iran daripada memperoleh senjata nuklear. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia