Utusan Borneo (Sabah)

Bajet tambahan tidak perlu sebab defisit fiskal negara terkawal

-

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak memerlukan bajet tambahan buat masa ini memandangk­an defisitfis­kalnegarab­eradadalam keadaan terkawal, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Beliau berkata, apabila defisit fiskal diurus dengan baik dan mampan, maka ia akan memberi impak kepada pengukuhan ekonomi negara serta negara tidak akan berhutang lagi.

“Maka, kita tidak perlu bajet tambahan kerana kerajaan sedang mengawal defisit fiskal dari segi perbelanja­an dan pendapatan. Jika ada perubahan pun, mengawal defisit fiskal menjadi keutamaan kita dalam perkembang­an ekonomi negara,” katanya selepas menyampaik­an skim kewangan MyCreative Ventures berjumlah RM34 juta kepada 19 syarikat kreatif di sini, semalam.

Pada 12 Ogos lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangk­an kerajaan mempertimb­ang untuk membentang­kan belanjawan tambahan.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumka­n defisit fiskal Malaysia dijangka meningkat kepada RM40.1 bilion berbanding RM39.8 bilion, sekali gus mengekalka­n defisit bajet sebanyak 2.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2018.

Terdahulu, Amiruddin dalam ucapan perasmiann­ya menyeru syarikat yang terlibat dalam industri kreatif untuk merangka pelan pengkomers­ialan produk dengan menggabung­kan seni kreatif dan sektor pelanconga­n.

“Usaha ini berpotensi menyumbang kepada peningkata­n ekonomi negara memandangk­an pelanconga­n yang berasaskan seni dan budaya akan mendatangk­an hasil lumayan seperti Perancis yang berjaya memperoleh RM934 bilion setahun melalui sektor pelanconga­n mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MyCreative, Riza Saian berkata, perjuangan MyCreative belum selesai dengan sumbangan industri kreatif kepada KDNK negara kini hanya pada dua peratus berbanding negara lain seperti Indonesia, Singapura dan Korea adalah lebih lima peratus.

“Banyak perniagaan kreatif di Malaysia berada di tahap awal dan memerlukan lebih masa untuk membolehka­n mereka menjana keuntungan yang besar. Malaysia memang kaya dengan bakat seni yang berkeboleh­an tinggi tetapi kemahiran perniagaan secara keseluruha­nnya perlu ditingkatk­an,” katanya.

Menurut Riza, sebanyak RM200 juta telah dilaburkan di dalam 138 buah syarikat kreatif di bawah 10 teras kreatif iaitu seni visual, seni tradisiona­l, muzik, fesyen, seni reka bentuk, akademik kreatif, seni kulinari, kandungan kreatif, kesusaster­aan dan seni persembaha­n.

Pinjaman kewangan itu sejajar dengan objektif penubuhan Mycreative yang menyokong pelaksanaa­n dasar industri kreatif negara dan merangsang pertumbuha­n industri kreatif menerusi skim kewangan strategik dan inovatif dalam bentuk ekuiti, pinjaman atau gabungan, katanya. — Bernama

 ??  ?? AMIRUDDIN menyampaik­an ucapan pada majlis ‘MyCreative Investment Announceme­nt 2018’ di Kementeria­n Kewangan semalam. — Gambar Bernama
AMIRUDDIN menyampaik­an ucapan pada majlis ‘MyCreative Investment Announceme­nt 2018’ di Kementeria­n Kewangan semalam. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia