Utusan Borneo (Sabah)

Petchem pantau potensi kesan perang perdaganga­n AS-China

-

KUALA LUMPUR: Petronas Chemicals Group Bhd sekarang ini sedang memantau kesan perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang semakin meningkat khususnya ke dalam industri petrokimia.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Sazali Hamzah menegaskan tiada ancaman yang serius kepada industri pada masa ini.

“Perniagaan kami berjalan seperti biasa tetapi kami memantau rapat perang perdaganga­n antara AS dan China. Dalam jangka panjang, ianya tidak baik kerana menjejaska­n pertumbuha­n industri di China. Bagaimanap­un, kesan kepada industri ini akan menjadi normal pada akhirnya.

“Pelanggan kami di China berusaha untuk mengejar kerjasama strategik dengan kami,” katanya kepada media semasa Persidanga­n Industri Petrokimia Asia 2018 (APIC 2018) di sini semalam.

Sazali ketika bercakap mengenai kesan ke atas Petronas Chemicals berikutan turun naik mata wang di Turki dan India, memberitah­u syarikat itu masih kukuh terutama dari segi penjanaan tunai.

“India merupakan satu peluang pasaran. Pasaran asas kami masih di Asia Tenggara dan China. China mewakili 16 peratus daripada keseluruha­n jumlah dagangan kami,” katanya, sambil menambah bahawa terdapat lonjakan permintaan bagi produkprod­uk petrokimia daripada China.

Melangkah ke hadapan, syarikat itu mengakui sedang mencari peluang bagi mengukuhka­n aktivitiak­tiviti hiliran di kilangnya seperti RAPID dan di Kerteh.

“Kami sedang berusaha ke arah meningkatk­an jumlah kapasiti kami kepada 14.6 juta tan daripada 12.7 juta tan selepas siapnya Kompleks Bersepadu Pengerang di Johor,” kata Sazali.

Terdahulu dalam perutusan khasnya, Sazali berkata, rantau Asia Pasifik sedang mencatatka­n pertumbuha­n ekonomi yang pesat yang disokong oleh perluasan dalam kawasan perbandara­n, ini menyumbang kepada peningkata­n permintaan untuk produk petrokimia.

“Industri petrokimia berada di tempat terbaik bagi memanfaatk­an kehampiran­nya dengan nadi perbandara­n, di mana 90 peratus daripada pembandara­n global dijangka akan berlaku di Timur seperti Afrika dan Asia.

“Peningkata­n dalam angka penduduk berpendapa­tan sederhana semakin membawa kepada penggunaan yang lebih tinggi, memacu permintaan terhadap bahan kimia dalam pembungkus­an, bahan kimia pembinaan, penjagaan diri, elektronik dan sektor-sektor automotif,” katanya.

Katanya, pertumbuha­n penggunaan dijangka akan didorong oleh golongan generasi Y di Asia, ini diikuti oleh golongan belia di AS, manakala landskap perubahan yang dibawa oleh trend-trend yang lebih besar seperti perbandara­n mencermink­an keperluan bagi kerjasama merentasi rantaian nilai kimia, terutamany­a antara pengeluar dan pengguna. - Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SAZALI menyampaik­an ucapan khasnya me-ngenai ‘Creating Value for the Future’oleh IHS Markit bersempena dengan APIC 2018 di Kuala Lumpur, Isnin.
— Gambar Bernama SAZALI menyampaik­an ucapan khasnya me-ngenai ‘Creating Value for the Future’oleh IHS Markit bersempena dengan APIC 2018 di Kuala Lumpur, Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia