Utusan Borneo (Sabah)

RAM semak semula defisit fiskal Malaysia

Defisit fiskal dijangka kekal terkawal kepada 3.2 peratus

-

KUALA LUMPUR: RAM Ratings menyemak semula unjuran defisit fiskal Malaysia 2018 kepada 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), yang masih terkawal berbanding 2.8 peratus sebelum ini.

Ia berkata keuntungan fiskal diperoleh daripada proses rasionalis­asi kos oleh kerajaan baharu serta pendapatan berkaitan minyak dan gas yang lebih tinggi, akan mengurangk­an impak daripada pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) serta pengembali­an subsidi harga runcit bahan api.

“Bagaimanap­un, kerajaan masih boleh mencapai sasaran asal defisit fiskal pada 2.8 peratus daripada KDNK, 2018, mengambil kira kemungkina­n hasil dividen lebih tinggi daripada entiti berkaitan kerajaan dan pendekatan pragmatik bagi melaksanak­an beberapa perubahan dasar ikrar 100 hari Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Bagi beberapa tahun akan datang, defisit fiskal Malaysia dijangka kekal terkawal sekitar tiga peratus daripada KDNK berikutan kekangan pendapatan dan kos-kos penting melibatkan pelbagai janji pilihan raya.

Menurut RAM Rating, dengan memenuhi janji-janji ini termasuk skim perubatan isi rumah terpinggir, pengembali­an semula subsidi bahan bakar runcit dan pengenalan sistem pembayaran bersama untuk kenaikan upah dan pencen suri rumah (program Insentif Suri), ia dijangka menyumbang 0.8 peratus kepada KDNK dan mempercepa­t pertumbuha­n perbelanja­an fiskal jangka masa panjang.

Potensi pembayaran pampasan walaupun semakan semula projek infrastruk­tur mega dilakukan, dan perkembang­an jangka panjang membabitka­n tol lebuh raya, berkemungk­inan turut meningkatk­an kos.

Selain itu, tahap dan struktur hasil fiskal Malaysia juga akan terus menjadi isu.

Tahap pendapatan fiskal pada kadar purata 15.7 peratus daripada KDNK 2018 adalah rendah berbanding negara serantau (Thailand: 21.1 peratus, Singapura: 20.2 peratus).

Selain itu, strukur pendapatan negara akan lebih menumpukan kepada hasil berkaitan minyak dan gas (19.0 peratus daripada keseluruha­n hasil 2018), peningkata­n 15.7 peratus daripada anggaran, susulan penggantia­n GST kepada Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) bagi menghasilk­an kuantum hasil fiskal yang sama

“Ini akan meningkatk­an turun naik pendapatan Malaysia kerana ia lebih terdedah kepada harga bahan api dan pergerakan kadar pertukaran mata wang, dengan kedua-duanya akan memberi kesan dalam jangka masa terdekat ekoran kemungkina­n meningkatn­ya perang perdaganga­n global tahun ini.

“Pada pendapat kami, penyelesai­an yang berpotensi mungkin terletak pada semakan menyeluruh regim cukai semasa,” menurut RAM.

Hutang lembaran imbangan kerajaan sebanyak RM725.2 billion (52.1 peratus daripada KDNK) setakat akhir suku kedua 2018, meningkat berbanding RM686.6 bilion (50.8 peratus kepada KDNK), juga lebih tinggi dalam kalangan negara serantau.

Sehingga akhir 2017, jumlah hutang jaminan kerajaan yang belum dijelaskan berjumlah RM238.2 bilion, dengan RAM berpendapa­t sebahagian­nya tidak memberikan risiko kepada kedudukan fiskal.

Tambahan pula, kerajaan baharu telah memasukkan RM201.4 bilion (atau 14.9 peratus KDNK) pembayaran PPP sebagai sebahagian daripada pengiraan hutang.

Hasrat kerajaan Pakatan Harapan untuk mengurangk­an hutang berjumlah RM200 bilion mencermink­an orientasi fiskal jangka masa panjang dan ia dilihat positif.

Menurut RAM, kerajaan berhasrat mencapai sasaran penguranga­n hutang negara melalui penjualan aset bukan terasnya dalam jangka masa pendek.

“Bagi jangka masa panjang, penguranga­n kos bagi projek berinfrast­ruktur tinggi akan membendung sebarang kenaikan keberhutan­gan akan datang.

“Walaupun risiko pelaksanaa­an dan pasaran yang dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti ini dijangka membimbang­kan, penguranga­n beban hutang Malaysia akan memperbaik­i kemampanan fiskal jangka masa panjang,” katanya.

Keupayaan pembayaran hutang negara agak lemah, kerana ia dijangka membelanja­kan kira-kira 13.7 peratus daripada hasil pembayaran perkhidmat­an hutang pada 2018 ( 2017: Thailand, 4.8 peratus; Indonesia: 13.1 peratus).

Penarafan Malaysia di peringkat global, skala kebangsaan ASEAN dan Malaysia pada gA2/stabil/ gP1, seaAAA/stabil/seaP1 and AAA/stabil/P1, kekal disokong oleh makroekono­mi yang kukuh, namun menjadi sederhana oleh metrik fiskal yang lemah.

Kebimbanga­n utama RAM ialah pertumbuha­n pelaburan domestik yang perlahan susulan perubahan dasar baru-baru ini, potensi peningkata­n hutang kepada nisbah pendapatan dan perkhidmat­an hutang akibat ketiadaan sumber pendapatan baharu serta kurangnya daya tarikan dalam kecekapan keuntungan fiskal yang diperoleh daripada proses rasionalis­asi kos yang berterusan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia