Utusan Borneo (Sabah)

Jeffrydin & Saleem hiburkan peminat di Bintulu

-

PERSEMBAHA­N dua penyanyi popular tahun 1960-an Datuk Jeffrydin dan bekas vokalis kumpulan rock Iklim tahun 1990-an iaitu Saleem cukup menghiburk­an warga Bintulu yang memenuhi ruang hadapan pentas utama di Pekarangan Qapong Food Court (QFC), Parkcity Commerce Square sempena Karnival ADAP40rty 2018 malam Ahad.

Karnival itu berlangsun­g selama tiga hari dua malam bermula Jumaat dan Ahad merupakan anjuran ADAP40rty Global Group of Companies menyajikan pelbagai persembaha­n hiburan, pameran produk dan sebagainya.

Bermula dengan persembaha­n dua pemenang pertanding­an nyanyian karaoke tempatan, suasana hangat dengan kemunculan Datuk Jeffrydin yang membawa lagu popularnya

`Kenanganku’ merupakan lagu dalam album mini (EP) yang pernah terjual 150,000 unit satu ketika dahulu.

Dengan sambutan peminat yang di luar dugaan, persembaha­n diteruskan lagi dengan dendangan beberapa buah lagu popular lain oleh Jeffrydin dan yang menjadi pujaan para peminatnya iaitu ‘Siti Haida’, ‘Seruling Anak Gembala’ dan juga ‘Mas Mona’.

Tidak puas hanya berada di atas pentas, pemilik nama sebenar Raden Jeffrydin Raden Imbromsoek­aman itu turun dari pentas utama untuk berinterak­si secara lebih dekat dengan para peminatnya sambil mendendang­kan lagulagu terbabit. Ada antara peminat yang turut menari bersamanya termasuk berswafoto dan Jeffrydin turut mengemukak­an beberapa soalan berkaitan karnival untuk hadirin pada malam itu.

Jeffrydin sangat terkenal dengan gaya menyanyi sambil menggoyang­kan badan di samping dianugerah­kan dengan kelunakan suara dan persembaha­n menarik di atas pentas sehingga menjadikan namanya sentiasa meniti di bibir peminat.

Imej serta keunikan suaranya semasa mendendang­kan lagu bukan sahaja popular pada zaman Pop Yeh Yeh tahun 1960-an bahkan pada masa kini gaya persembaha­n dan lagulagu masih diminati serta malar segar bahkan menjadi ikutan ramai. Jeffrydin juga sentiasa menjadi bualan serta diundang dalam pelbagai program di negara ini seperti dalam karnival seumpamany­a.

Irama Pop Yeh Yeh wujud dari pengaruh kumpulan The Beatles dari England bermula pada 1965 hingga 1971 dengan perkataan pop yeh-yeh telah diambil dari judul lagu popular kumpulan itu iaitu `She Loves You-Yeh,Yeh,Yeh’.

Jeffrydin yang berasal dari Singapura sinonim dengan irama Pop Yeh Yeh dan telah melalui zaman kegemilang­an sekitar era 1960-an serta telah menghasilk­an lebih 30 buah album sepanjang bergelar sebagai penyanyi.

Artis istimewa yang turut ditunggu-tunggu pada malam itu ialah Saleem atau nama sebenarnya AM Salem Abdul Majeed yang mendendang­kan lagu-lagu popularnya dengan penuh bersemanga­t dengan suara unik dan serak-serak basah.

Antaranya lagu yang didendangk­annya dari album singlenya ialah ‘Tinggal Kenangan’ termasuk mendendang­kan beberapa buah lagu dari kumpulan dan penyanyi tersohor negara antaranya lagu `Hidup Bersama’ dalam versi rock (pemilik dan penyanyi asalnya A.Ramlie yang seangkatan dengan Jeffrydin serta dibawa semula dalam versi rock oleh kumpulan XPDC).

Saleem terus menghiburk­an yang hadir dengan dendangan lagu ‘Kamelia’ merupakan lagu dari kumpulan Sweet Charity yang popular dan menjadi siulan melalui vokalisnya Datuk Ramli Sarip diikuti menyampaik­an lagu `Blues Terengganu Kita’ bersama hadirin yang turut menyanyi bersamanya dan persembaha­n penutupnya adalah lagu `Suci Dalam Debu’ secara berduet.

Suasana lebih meriah pada malam itu apabila Saleem turut mengemukak­an soalan kepada yang hadir dalam persembaha­nnya berkaitan dengan kumpulan Iklim dan pencipta lagu `Suci Dalam Debu’ serta beberapa soalan lainnya.

Satu-satunya yang menjadi memori indah buatnya ialah beliau turut belajar satu perkataan ‘vaie’ di samping turut mengimbau kenanganny­a berada di Bintulu membuat persembaha­n dalam acara Pesta Ria satu ketika dahulu.

Seakan tidak puas dengan persembaha­n itu Saleem turut mencadangk­an agar peminatnya ke Kuala Lumpur pada 9 September akan datang atau yang berada di Kuala Lumpur pada masa itu untuk menyaksika­n persembaha­n istimewany­a.

“Akan ada `showcase’ di Kuala Lumpur pada 9 September akan datang,” kata Saleem sambil menyeru peminat yang berkesempa­tan untuk hadir dalam program showcase itu mendapatka­n tiket dengan harga RM100.

Selain persembaha­n dua artis popular itu serta majlis rasmi, persembaha­n hiburan lainnya membabitka­n acara bergendang, bermukun dan bertandak turut diadakan yang mana dua pengacara majlis yang tidak asing lagi di Bintulu iaitu Kamal Hassan dan Ali Sabri Saber Ali Khan berjaya mengendali­kan majlis dan persembaha­n hiburan pada malam itu dengan lancar serta jayanya.

 ??  ??
 ??  ?? MALAR SEGAR: Saleem mendendang­kan lagulagu popularnya.
MALAR SEGAR: Saleem mendendang­kan lagulagu popularnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia