Utusan Borneo (Sabah)

Batal saman AES kerana perjanjian berat sebelah

-

PUTRAJAYA:Pembatalan saman tertunggak Sistem Penguatkua­saan Automatik (AES) sejak 2012 adalah kerana perjanjian tersebut berat sebelah dan kutipan bayarannya tidak membawa hasil kepada kerajaan, kata Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook.

Menurutnya, berdasarka­n perjanjian yang ditandatan­gani kerajaan terdahulu pada Disember 2011 dan berkuat kuasa pada 2012, dua syarikat konsesi yang mengendali­kan sistem itu iaitu ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd dibayar RM16 untuk setiap saman sah yang dikeluarka­n, terhad 10 juta saman setahun.

Selain itu, katanya 50 peratus daripada bayaran saman dikutip (kadar RM300) terhad kepada RM540 juta setahun.

Pada tahun 2016 pula, kerajaan menetapkan kadar saman AES dikurangka­n daripada RM300 kepada RM150 dan kerajaan terikat untuk menyerahka­n sepenuhnya hasil kutipan kepada dua syarikat pengendali itu, katanya.

“Perjanjian ini amat berat sebelah… kerajaan tidak hilang apa-apa kerana ia adalah ‘zero profit’ (sifar untung) berikutan perjanjian berat sebelah itu,” katanya dalam sidang media, Isnin.

Loke berkata kerajaan memutuskan untuk tidak menyambung kontrak syarikat pengendali AES yang tamat pada hujung bulan ini kerana tidak bersetuju penguatkua­saan diswastaka­n kepada dua syarikat konsesi.

“Mereka yang membuat keputusan ini dan menandatan­gani perjanjian berat sebelah ini, adalah bodoh untuk menandatan­gani perjanjian ini,” katanya.

Jumaat lepas, Loke mengumumka­n semua saman AES dikeluarka­n sejak 2012 membabitka­n 3.1 juta saman dengan nilai bayaran kira-kira RM435 juta dibatalkan.

Selain itu, sistem AES diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) bermula 1 Sept ini, selepas kerajaan memutuskan untuk tidak menyambung kontrak dua syarikat konsesi iaitu Beta Tegap dan ATES.

Sementara itu, Loke berkata dua syarikat pengendali sistem AES itu telah menerima bayaran RM129 juta berdasarka­n jumlah saman yang telah dibayar sejak 2012 sehingga Mei tahun ini. -Bernama

 ??  ?? LOKE
LOKE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia