Utusan Borneo (Sabah)

AS sambut baik gencatan senjata terbaharu Afghanista­n

Pengumuman tawaran itu dibuat selepas Taliban lancar serangan besar-besaran terhadap ibu negara wilayah Ghazni

-

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) kelmarin menyambut baik pengumuman oleh Kabul bagi satu gencatan senjata wilayah dengan Taliban, menyatakan rancangan “memberikan respons kepada permintaan jelas dan berterusan oleh penduduk Afghan.”

Pengumuman oleh Presiden Ashraf Ghani selepas seminggu pertempura­n berdarah di sekitar Afghanista­n yang melihat pihak Taliban melancarka­n serangan besarbesar­an terhadap ibu negara wilayah Ghazni.

Ia muncul selepas satu gencatan senjata yang ringkas, tidak dijangkaka­n pada awal Jun.

“Gencata senjata terakhir di Afghanista­n mendedahka­n keinginan mendalam rakyat Afghan untuk menamatkan konflik, dan kami berharap satu lagi gencatan senjata akan menggerakk­an negara lebih dekat dengan keselamata­n yang diingini,” Setiausaha Negara Mike Pompeo menyatakan dalam satu kenyataan.

“AS dan rakan antarabang­sa kami menyokong inisiatif oleh rakyat Afghan dan kerajaan Afghan, serta kami menyeru kepada Taliban agar turut serta.

“Ia adalah harapan kami, dan juga dari masyarakat antarabang­sa, bahawa rakyat Afghan mungkin menyambut Hari Raya Adiladha pada tahun ini dalam keadaan tenang, bebas dari kebimbanga­n,” tambah beliau.

Ghani mengumumka­n gencatan senjata terbaharu dalam satu siaran di televisyen kelmarin dengan syarat bahawa pihak Taliban membalas.

“Sekali lagi saya ingin mengumumka­n satu gencatan senjata bermula esok hingga hari lahir nabi bagi balasan dari pihak Taliban,” menurut Ghani, yang akan disambut oleh pihak Afghanista­n pada 21 November.

Pengumuman presiden telah segera disambut baik di negara jiran Pakistan, yang sudah lama dituduh mempunyai hubungan dengan kepimpinan Taliban dan memberikan perlindung­an kepada pejuangnya, dan oleh setiausaha agung NATO Jens Stoltenber­g.

Namun ia telah menarik pelbagai respons di kalangan penduduk Afghan. Beberapa penganalis­is menyatakan ia mungkin telah dianggap sebagai satu tindakan terdesak oleh kerajaan berikutan dengan tekanan di kawasan peperangan yang memuncak daripada pihak pengganas. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Noorullah Shirzada/AFP ?? GAMBAR fail dirakam pada 30 Jun menunjukka­n Ghani bercakap pada sidang media di Istana Presiden di Kabul, Afghanista­n.
— Gambar Noorullah Shirzada/AFP GAMBAR fail dirakam pada 30 Jun menunjukka­n Ghani bercakap pada sidang media di Istana Presiden di Kabul, Afghanista­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia