Utusan Borneo (Sabah)

Hazard tidak akan tinggalkan Chelsea bulan ini

-

LONDON, England: Eden Hazard memberi jaminan kepada penyokong Chelsea di mana beliau tidak akan meninggalk­an kelab itu pada bulan ini, walaupun minat berterusan dari kelab juara Eropah, Real Madrid.

Pasaran perpindaha­n pemain untukkelab-kelabLigaP­erdana Inggeris sudah ditutup pada 9 Ogos lepas tetapi ia masih terbuka untuk kelab-kelab di Eropah sehingga 31 Ogos.

Rakan senegara Hazard, Thibaut Courtois, memaksa satu perpindaha­n ke Real Madrid awal bulan ini selepas enggan kembali untuk latihan pramusim.

Selepas beraksi cemerlang di Piala Dunia 2018, Hazard kelihatan mencadangk­an masa beliau di Stamford Bridge sudah berakhirde­nganberkat­a“destinasi pilihan” sudah diketahui.

Hazard mempunyai kontrak di Chelsea sehingga 2020 dengan kelab berharap beliau akan memperbaha­rui kontrak untuk menamatkan spekulasi mengenai masa depannya.

Tetapi selepas dimasukkan dari bangku simpanan untuk membantu pasukan menewaskan Arsenal 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas, Hazard tetap berteka-teki sama ada beliau akan terus kekal di Chelsea atau tidak musim ini.

“Pergi tahun ini? Saya tidak akan pergi,” kata beliau kepada stesen radio Perancis, RMC.

“Banyak perkara telah diperkatak­an, banyak di antaranya tidak masuk akal. Buat masa sekarang, saya gembira. Saya mempunyai baki dua tahun pada kontrak saya dan kita akan lihat apa yang akan berlaku.

“Kami boleh menjual tetapi tidak dapat membeli pemain. Ia pastinya sukar untuk mereka membenarka­n saya pergi dan tidak mendapatka­n pemain selepas itu,” katanya. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia