Utusan Borneo (Sabah)

Felda United kekalkan rekod tanpa kalah

-

KUALA LUMPUR: Perebutan kedudukan selaku pendahulu saingan Kumpulan B Piala Malaysia 2018 antara Felda United dan PKNS FC berakhir dengan kemenangan Felda United 3-2 ke atas pasukan tuan rumah, PKNS FC.

Sebelum ini kedua-dua pasukan masing-masing mengumpul empat mata selepas dua perlawanan.

Keputusan itu menyaksika­n ‘The Fighters’ kekal menerajui Kumpulan B dengan tujuh mata manakala PKNS FC kedua dengan empat mata.

Dalam saingan yang berlangsun­g di Stadium Shah Alam malam Isnin, tuan rumah mensia-siakan peluang selepas mendahului perlawanan dengan dua gol melalui tandukan deras Rafael Ramazotti pada minit ke-16 dan disusuli empat minit berikutnya melalui Muhammad Faris Ramli.

Felda FC berpeluang merapatkan jurang jaringan selepas diberikan sepakan penalti oleh pengadil Mohd Fairuzi Mat Desa selepas penyerangn­ya, Gilberto Fortunato dijatuhkan oleh pertahanan PKNS FC, Mohamad Qayyum pada minit ke-35.

Iain Ramsey kemudian dengan tenang berjaya menewaskan penjaga gol PKNS FC Muhammad Zarif Irfan.

Selepas rehat, kedua-dua pasukan kembali memperkema­skan jaringan dan penyerang PKNS FC beberapa kali berjaya mencemaska­n gawang Felda FC.

Gol penyamaan oleh Felda United berjaya dijelmakan apabila penyerangn­ya Thiago Augusto berjaya melepasi perangkap off-side pertahanan PKNS FC sebelum melakukan hantaran leret kepada Gilberto yang kemudian dengan mudah menewaskan Muhammad Zarif bagi gol penyamaan pada minit ke-68 dan berjaya meraih gol kemenangan hasil rembatan kencang Wan Amirul Afiq pada minit ke-80.

Dalam satu lagi perlawanan yang berlangsun­g malam Isnin, Perak meraih kemenangan pertama saingan Kumpulan A dan mengutip tiga mata berharga selepas mengalahka­n Kuala Lumpur 2-0 di Stadium Bola sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Pasukan yang terkenal dengan jolokan ‘The Bos Gaurus’ memperoleh­i gol mereka melalui Jad Noureddine pada minit ke-40 dan Gilmar Da Silva pada minit ke-60. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? PEMAIN Felda United Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman (tiga, kanan) meraikan jaringan gol ketiga bersama rakan sepasukann­ya ketika menentang pasukan PKNS FC pada perlawanan Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam pada Ahad.
-Gambar Bernama PEMAIN Felda United Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman (tiga, kanan) meraikan jaringan gol ketiga bersama rakan sepasukann­ya ketika menentang pasukan PKNS FC pada perlawanan Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia