Utusan Borneo (Sabah)

Menggapai impian, bina legasi

Kesungguha­n tiga usahawan wanita berdepan cabaran ceburi perniagaan

- Oleh NURUL ATIKAH ARIS (Pelatih UMS)

JIKA perlu, kita isytiharka­n perang pada diri sendiri. Perang melawan segala yang terkurung di kepala dan membunuh semangat. Kita harus menang. Singkirkan siapapun yang menghalang kita untuk bangkit termasuk diri kita sendiri, dan berganding­lah dengan mereka yang mempunyai impian yang sama.

Apa jua industri yang diceburi hari ini, tidak ada satupun yang mudah. Segalanya memerlukan kesungguha­n dan usaha. Pernah tidak kita berfikiran jauh dan terbuka untuk membina masa hadapan yang lebih cerah?

Tidak ada impian terjadi dengan sendirinya. Revolusi tidak akan terjadi hanya dengan bermimpi. Maka sebab itulah ramai usahawan wanita berdikari hari ini berani berdepan dengan pelbagai ujian demi membina impian dan legasi sendiri.

Utusan Borneo barubaru ini, menemubual tiga usahawan wanita yang berjaya menggapai impian dan membina legasi perniagaan sendiri.

Norfarania Zaki, 29, pemilik Little Penyu Baby & Kids Swim Spa, beroperasi di Lorong Metro Town Kota Kinabalu, seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan jelas tentang impiannya. Norfarania tidak pernah berhenti mencari peluang untuk merealisas­ikan apa yang diimpikann­ya.

Little Penyu menyediaka­n perkhidmat­an spa bayi seperti urutan bayi, hydrothera­phy dan sebagainya. Spa ini membantu membina interaksi antara ibu bapa dan bayi mereka. Secara praktikaln­ya, mereka yang berkunjung ke sini akan diajarkan cara urutan bayi dimana mereka secara langsung mempraktik­kan ke atas bayi mereka sendiri.

“Kami memberi ruang untuk mengeratka­n hubungan antara ibu bapa dan bayi mereka. Di Little Penyu, kami buat kursus untuk ibu bapa itu sendiri mengurut anak mereka. Kami menyerahka­n sepenuhnya tugas ini kepada ibu bapa tetapi kami akan tunjukkan cara-cara urutan.

“Meskipun begitu, ramai ibu bapa tidak memahami konsep spa bayi ini. Saya banyak membuat kajian dan pergi ke kelas-kelas untuk mendapatka­n kelulusan, sijil urutan dan lain-lain tetapi sukar untuk saya membantu pemikiran segelintir ibu bapa yang menganggap tempat saya ini adalah perniagaan yang mana mereka sewenang-wenangnya boleh meninggalk­an bayi mereka di premis kami,” katanya.

Sejujurnya, usahawan yang berjaya adalah mereka yang bijak berhadapan dengan pelbagai situasi. Mereka menjadikan tekanan dan cabaran sebagai pemangkin untuk berjaya. Dengan tekad seperti ini, barulah industri akan kukuh berdiri dan bersaing. Norfarania juga seorang yang selalu memikirkan peluang-peluang lain bagi memastikan beliau tidak tergelinci­r dari landasan.

“Pada awal saya memulakan perniagaan, dalam kepala saya hanya spa bayi sahaja, tetapi setelah masuk ke dalam bidang ini saya mula menghasilk­an produk sendiri yang berkaitan dengan bayi. Saya tidak akan habis di sini sahaja, saya harus merealisas­ikan visi perniagaan iaitu mencapai satu tahap semua orang tahu jenama saya iaitu Little Penyu,” katanya.

Norfarania akan membawa produknya ke Kalimantan buat pertama kali sebagai langkah untuk melebarkan sayapnya sesuai dengan harapan agar Little Penyu ini menjadi satu nama dan jenama yang dikenali di dalam dan luar negara.

Lain pula kisahnya buat Suziah Salwanie, 33, berasal dari Keningau, pemilik Ren’Tree Holistic yang beroperasi hampir empat tahun. Ren’Tree Holistic menyediaka­n perkhidmat­an urutan tradisiona­l menggunaka­n herba-herba kampung. Beliau bermula hanya mengurut kawankawan dan pensyarah untuk menampung kos belajar ketika itu dengan bayaran dalam RM30 sahaja.

“Dulu saya mengurut kawan-kawan saya ketika belajar sampailah saya bekerja. Saya tidak pernah terfikir untuk menjadikan ini sebagai karier namun saya sendiri dikenali dengan kebolehan mengurut yang disukai oleh mereka.

“Hingga satu masa saya terfikir sampai bila untuk terus makan gaji. Jadi saya mengambil keputusan untuk berhenti dan memilih menjalanka­n perkhidmat­an urutan tradisiona­l sepenuh masa dirumah disebuah bilik khusus saya jadikan bilik urut.

“Enam bulan permulaan, Alhamdulil­lah saya menerima sambutan yang baik. Jadi saya membuka sebuah kedai kecil, di sanalah saya yang menjalanka­n semua pekerjaan. Sayalah layan tetamu, saya juga ahli terapi dan mengatur serta mengemas kedai saya sendiri,” jelasnya.

Meniti perjalanan dalam dunia perniagaan ini, kita harus lebih cepat dari orang lain. Inilah yang dilakukan oleh Suziah. Bermula dari umah hingga ke sebuah kedai kecil dan kini siapa sangka beliau mempunyai tujuh orang pekerja di sebuah spa yang menawarkan pelbagai rawatan tradisiona­l terletak di Plaza Grand Millennium.

“Saya ingin memperkuku­hkan penjenamaa­n saya. Meskipun sekarang ini saya mampu untuk memperkena­lkan Ren’Tree Holistic sebagai satu spa yang menawarkan perkhidmat­an dan rawatan tradisiona­l, tetapi pada masa akan datang saya ingin membangunk­an satu produk menggunaka­n herba-herba dari kampung, namun ia mampu diperkenal­kan dan dikomersil di persada antarabang­sa.

“Saya ingin memiliki sebuah legasi yang kukuh meskipun setelah ketiadaan saya, namun ia boleh diwarisi oleh keturunan dan penyambung generasi saya. Sekarang saya menerapkan minat perniagaan ini dalam ahli keluarga saya,” katanya.

Apa jua industri sama ada perkhidmat­an, pembanguna­n ataupun penjualan produk, perancanga­n adalah lebih utama. Jika kita merancang, kita merancang untuk terus berjaya, jika kita tidak merancang, sebenarnya kita merancang untuk gagal.

Sseorang lagi contoh usahawan yang berani dan berjaya iaitu Satisah atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Ina, peniaga gerai makanan laut Nadirasa Delight di Kota Kinabalu. Beliau harus dijadikan contoh oleh usahawan lain meskipun berbeza bidang.

Satisah yang memulakan perniagaan hanya dengan menjual air minuman di gerai mereka yang bertempat di Pasar Besar Kota Kinabalu pada Ogos 2008 akhirnya nekad membuka sebuah gerai makanan. Beliau berani dan berusaha sendiri untuk berjaya.

“Saya menjual air di kawasan yang sama, tetapi saya berfikir kalaulah saya boleh berniaga makanan laut seperti orang lain juga. Saya mengambil tindakan secepatnya, saya belajar masak dan membeli barangan untuk berniaga sedikit demi sedikit untuk berniaga.

“Saya kemudian membuka sebuah gerai makanan. Sambutan di awal perniagaan sangat menggalakk­an dengan pendapatan satu malam beroperasi sahaja mencecah RM18 ribu. Beberapa tahun selepas itu peniagaan semakin kukuh,” katanya.

Walaupun tidak semua perniagaan bernasib baik dan pasti ada turun naiknya, Satisah mampu bertahun selama 10 tahun dalam perniagaan beliau. Kini beliau juga membekal makanan sejuk beku kepada pelanggann­ya yang datang dari luar negeri malah juga pelancong dari luar negara.

“Saya yakin dengan rezeki yang Allah berikan, jadi saya berusaha sedikit demi sedikit. Berkat sokongan keluarga dan suami, saya mampu menjana pendapatan yang lumayan untuk keluarga. Walaupun kadang kala ada waktunya saya melihat gerai di sekeliling penuh dengan pelanggan tetapi gerai saya kosong, saya tawakkal dan berdoa. Saya sudah berusaha selebihnya saya serahkan kepada Allah S.W.T.

“Saya bercita-cita tinggi... saya berharap dapat membuka kedai khusus untuk makanan laut sejuk beku untuk pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya.

Bagi pemilik Institut Kecantikan Nuvis Sabah iaitu Ani M Ridzuan, turut memberi nasihat dan pandangan beliau terhadap industri perniagaan pada hari ini. Malah, beliau juga sering menjadi rujukan kalangan usahawan wanita di negeri ini dan menghulurk­an bantuan kepada mereka.

“Kebanyakan usahawan kita hari ini menganggap mereka hebat tanpa memikirkan banyak perkara penting yang lain. Jadi bila kita mampu mendapatka­n pengetahua­n yang luas, bukalah minda dan cari peluang. Hidup ini satu pembelajar­an yang tidak akan habis. Sebab itulah saya mengamalka­n ‘giving back’ dimana saya akan menyalurka­n seberapa pengetahua­n yang saya ada untuk membantuan usahawan hari ini.

“Tidak mustahil suatu hari nanti, perniagaan tidak lagi mementingk­an produk melainkan sebuah jenama. Konsep dan jenama adalah dua perkara yang membawa pengusaha kepada satu lonjakan lebih jauh ke hadapan. Seperti mana jenama AirAsia, mereka dikenali tidak kira seberapa tinggi mereka terbang namun sebut sahaja penerbanga­n orang akan ingat AirAsia.

“Dalam dunia perniagaan hari demi hari pesaing semakin ramai, tidak terkira berapa ramai pengusaha tetapi peluang juga semakin luas. Bagi saya semua benda kena dipelajari. Saya sangat mementingk­an pengetahua­n dan jati diri,” jelasnya mengakhiri perbualan.

“Pada awal saya memulakan perniagaan, dalam kepala saya hanya spa bayi sahaja, tetapi setelah masuk ke dalam bidang ini saya mula menghasilk­an produk sendiri yang berkaitan dengan bayi. Saya tidak akan habis di sini sahaja, saya harus merealisas­ikan visi perniagaan iaitu mencapai satu tahap semua orang tahu jenama saya iaitu Little Penyu.

NORFARANIA ZAKI Pemilik Little Penyu Baby & Kids Swim Spa

 ??  ?? (Gambar atas dan bawah) ANTARA aktiviti yang disediakan di Little Penyu.
(Gambar atas dan bawah) ANTARA aktiviti yang disediakan di Little Penyu.
 ??  ??
 ??  ?? SUZIAH
SUZIAH
 ??  ?? SATISAH
SATISAH
 ??  ?? NORFARANIA di hadapan kedainya Little Penyu yang beroperasi di Metro Town.
NORFARANIA di hadapan kedainya Little Penyu yang beroperasi di Metro Town.
 ??  ?? KETIGA-TIGA usahawan berjaya (dari kiri), Norfarania, Satisah dan Suziah bersama Ani.
KETIGA-TIGA usahawan berjaya (dari kiri), Norfarania, Satisah dan Suziah bersama Ani.
 ??  ?? RAWATAN bekam di Ren’Tree Holistic milik Suziah.
RAWATAN bekam di Ren’Tree Holistic milik Suziah.
 ??  ?? SUASANA di gerai Nadirasa Delight milik Satisah.
SUASANA di gerai Nadirasa Delight milik Satisah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia