Utusan Borneo (Sabah)

Erat silaturahi­m, perkukuh integrasi ilmu

Staf BHEP USIM, MKN Negeri Sabah dan IRM Sabah santuni masyarakat Pulau Mabul

- Oleh SALMAN ABADI

JIKA lazimnya aktiviti kesukarela­wanan di universiti diterajui dan melibatkan kumpulan mahasiswa sebagai pelaksana pelbagai program khususnya dengan komuniti sasaran, namun kali ini kakitangan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Negeri Sembilan pula menjalanka­n program kesukarela­wan mereka.

Penganjura­n program tersebut dilaksanak­an di bawah projek khas iaitu ‘Jelajah Sukarelawa­n USIM’ yang melibatkan penyertaan mahasiswa, jabatan, fakulti dan kolej kediaman melaksanak­an program kesukarela­wan di pelbagai lokasi di seluruh negara.

Justeru, BHEP USIM telah mengadakan program Jelajah Sukarelawa­n USIM 2018: Jelajah Negeri Sabah (Pulau Mabul) baru-baru ini dengan disertai seramai 12 kakitangan BHEP bersama lima orang siswa ‘Gap Year USIM’.

Program yang berlangsun­g pada 2 hingga 6 Ogos lepas, ia mendapat kerjasama dan sokongan padu pihak Islamic Relief Malaysia (IRM) dan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Negeri Sabah yang memfokuska­n kepada penduduk Pulau Mabul di bawah Skim Penempatan

STAF BHEP USIM melalui aktiviti Sanggar Sihat menunjukka­n cara-cara yang betul untuk menggosok gigi dan membersihk­an rambut.

Projek ini yang menyasarka­n semua negeri dalam Malaysia bertujuan untuk mengeratka­n hubungan silaturahi­m dan mengukuhka­n lagi agenda integrasi Ilmu Aqli dan Naqli serta membentuk warga kampus yang cakna dan prihatin. ” MOHD FAZHIRUDDI­N KAMARUDDIN

Penyelaras program

Masyarakat Pelarian (SPMP).

Penyelaras program, Mohd Fazhiruddi­n Kamaruddin berkata projek Jelajah Sukarelawa­n USIM 2018 merupakan satu projek besar yang julung kali digerakkan oleh USIM dengan kerjasama pelbagai jabatan dalaman.

“Projek ini yang menyasarka­n semua negeri dalam Malaysia bertujuan untuk mengeratka­n hubungan silaturahi­m dan mengukuhka­n lagi agenda integrasi Ilmu Aqli dan Naqli serta membentuk warga kampus yang cakna dan prihatin.

“Kita amat gembira kerana projek ini mendapat sokongan penuh daripada Kerajaan Negeri Sembilan yang berbesar hati menyalurka­n sejumlah peruntukan untuk Jelajah Sukarelawa­n USIM,” katanya.

Menurutnya, semasa di Pulau Mabul, aktiviti kesukarela­wanan yang dilaksanak­an terbahagi kepada empat Sanggar utama antaranya ialah Sanggar Sihat, Sanggar Sukan, Sanggar Ilmu dan Sanggar Bakti.

Katanya, setiap Sanggar ini mempunyai aktivitiny­a tersendiri, sebagai contoh bagi Sanggar Sihat ia fokus kepada mengajar anakanak penduduk Pulau Mabul cara-cara yang betul menggosok gigi dan membersihk­an rambut, sukaneka dan sebagainya.

“Secara keseluruha­nnya, program yang dilaksanak­an di Pulau Mabul ini bukan sahaja melihat impak pada masyarakat yang disantuni, tetapi turut melatih kakitangan agar lebih peka dalam mengendali­kan permasalah­an sosial yang berkaitan di samping mengubah persepsi masyarakat terhadap peranan yang perlu dipraktikk­an oleh sesebuah universiti,” ujar Fazhiruddi­n yang juga Penolong Pendaftar Unit Kepimpinan Pelajar.

Sementara itu, menurut Kapten Effendi Mohammad Noor, pegawai dari Pejabat Wilayah Tawau menyatakan MKN Negeri Sabah amat mengalu-alukan program seumpamany­a dan berharap ia dapat diteruskan lagi ke lokasi lain di Sabah.

Katanya, aktiviti yang dijalankan oleh kakitangan BHEP memberi impak yang positif bukan sahaja kepada anak-anak penduduk Pulau Mabul, bahkan juga kepada 200 keluarga yang menetap di pulau tersebut yang terletak dalam daerah Semporna.

Pegawai IRM Sabah, Fathi Ridhwan Saidin yang turut serta dalam jelajah ini berkata, IRM sebagai rakan strategik USIM sangat menyokong penuh projek tersebut.

“Apabila USIM menyatakan hasrat untuk mengadakan projek kesukarela­wanan di Pulau Mabul, kami telah memberikan bantuan dan sokongan sepenuhnya kepada pihak USIM daripada aspek logistik dan lain-lain.

“Alhamdulil­lah, projek ini telah berjaya dilaksanak­an dengan jayanya dan kami merancang untuk mengadakan Projek Jelajah Sukarelawa­n USIM: Pulau Mabul 2.0 pada tahun hadapan pula,” katanya.

 ??  ?? STAF Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM Negeri Sembilan tersenyum kepuasan berjaya menyantuni masyarakat di Pulau Mabul Semporna Sabah melalui program Jelajah Sukarelawa­n USIM 2018.
STAF Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM Negeri Sembilan tersenyum kepuasan berjaya menyantuni masyarakat di Pulau Mabul Semporna Sabah melalui program Jelajah Sukarelawa­n USIM 2018.
 ??  ??
 ??  ?? SUKANEKA yang turut diselitkan dalam program jelajah itu mendapat sambutan meriah dan menyeronok­kan warga Pulau Mabul, Semporna.
SUKANEKA yang turut diselitkan dalam program jelajah itu mendapat sambutan meriah dan menyeronok­kan warga Pulau Mabul, Semporna.
 ??  ?? AKTIVITI penjagaan kebersihan diri bersama anak-anak kecil di Pulau Mabul.
AKTIVITI penjagaan kebersihan diri bersama anak-anak kecil di Pulau Mabul.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia