Utusan Borneo (Sabah)

Singapura mahu bekerjasam­a dengan kerajaan baharu Malaysia, tingkatkan hubungan dua hala

-

SINGAPURA: Singapura berharap dapat bekerjasam­a dengan pentadbira­n baharu Malaysia untuk meningkatk­an lagi hubungan dua hala, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

“Saya berharap bersama (Perdana Menteri Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dan pasukan baharu nya, kami dapat membangunk­an perkongsia­n yang teguh, melihat ke hadapan dan maju bersama,” kata Lee dalam ucapan Bahasa Inggerisny­a pada Sambutan Hari Kebangsaan (NDR) 2018 kelmarin.

Untuk NDR, Lee menyampaik­an ucapannya dalam tiga bahasa, bermula dengan Bahasa Melayu, diikuti Mandarin dan Inggeris.

Lee bekata asas utama hubungan dengan Malaysia tidak berubah.

“Kita mempunyai hubungan persaudara­an, sejarah, geografi dan ekonomi yang rapat. Kita perlu bekerjasam­a untuk menangani cabaran yang sama, dan apabila kepentinga­n kita berbeza, kita mesti mencari cara yang konstrukti­f untuk menyelesai­kan perbezaan itu.

“Jika hubungan Singapura Malaysia terus rapat dan stabil...kita boleh meneruskan kerjasama sama-sama menang, dan kita juga boleh memberi tumpuan kepada keutamaan dalam negara masing-masing masing ... dan kita ada banyak ... begitu juga dengan rakyat Malaysia,” katanya.

Lee berkata pentadbira­n baharu Malaysia mempunyai gabungan bakat muda dan pemimpin berpengala­man.

“Sudah tentu Dr Mahathir bukan baru kepada kami. Kami telah bekerjasam­a dengannya sebelum ini. Kali terakhir semasa beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sehingga 2003,” katanya.

Lee berkata Singapura mengatur beberapa projek penting dengan Malaysia di bawah kepimpinan Dr Mahathir, termasuk Laluan Kedua dan empangan Lingui di Johor.

Dr Mahathir kini menerajui kerajaan baharu Malaysia selepas Pakatan Harapan, yang diketuainy­a memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lepas.

Lee mengakui Dr Mahathir dan pasukannya mahu mengkaji dan mengubah banyak dasar yang ditetapkan oleh kerajaan sebelum ini.

“Saya menghargai sebabnya, namun beberapa kajian semula itu menjejaska­n projek semasa Singapura dengan Malaysia, termasuk projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi (HSR) dan rangkaian RTS (Rail Transit System) ke Johor.

“Kami menyertai keduadua projek itu dengan niat baik selepas menjalanka­n rundingan yang teliti memandangk­an projek terbabit memberi manfaat kepada kedua-dua negara. Kini, Malaysia mahu menangguhk­an HSR,” katanya.

Lee berkata HSR dan RTS membabitka­n perjanjian yang mengikat secara sah.

“Ia (perjanjian) jelas menunjukka­n kewajipan setiap pihak, dan apa yang akan berlaku jika ada pihak yang mahu menukar atau menamatkan perjanjian. Kedua-dua pihak perlu melaksanak­an apa yang telah dipersetuj­ui kecuali kita samasama bersetuju mengubah syaratnya,” kata Lee.

Menteri Pengangkut­an Khaw Boon Wan dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertemu di Singapura secara rasmi pada 11 Ogos bagi membincang­kan projek HSR, dan bersetuju untuk meneruskan perbincang­an pada minggu-minggu akan datang.

Mengenai Perjanjian Air 1962 yang ditandatan­gani dengan Malaysia, Lee ringkas menyatakan bahawa: “Perjanjian air itu sangat penting. Kami mesti mengikuti sepenuhnya syarat-syarat yang ditetapkan.”

Singapura sebelum ini menyatakan bahawa ia akan menghormat­i sepenuhnya terma Perjanjian Air 1962 dengan Malaysia, termasuk harga air yang ditetapkan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia