Utusan Borneo (Sabah)

Ambil pesakit sebagai anak angkat

Cara terbaik atasi masalah kekurangan darah kalangan pesakit Talasemia

-

KOTA KINABALU: Masalah kekurangan bekalan darah di kalangan pesakit Talasemia dapat diatasi jika masyarakat mengambil pesakit Talasemia sebagai anak angkat dengan menderma darah kepada pesakit setiap tiga bulan.

Presiden Persatuan Penderma Darah Sabah (Pendarah) Alix Sunggin berkata, ada beberapa kes sedang berlaku di mana seorang pesakit Talasemia tidak menghadapi masalah mendapatka­n bekalan darah setiap bulan disebabkan adanya penderma tetap setiap bulan.

“Jika seorang pesakit ada empat orang bapa atau ibu angkat pada bulan pertama bapa angkat pertama yang menderma, bulan kedua bapa angkat kedua, bulan ketiga bapa angkat yang ketiga dan bulan keempat bapa angkat yang keempat menderma. Pada bulan keempat bapa pertama tadi sudah boleh menderma semula selepas tiga bulan.

“Jika seorang pesakit ada empat orang bapa atau ibu angkat pada bulan pertama bapa angkat pertama yang menderma, bulan kedua bapa angkat kedua, bulan ketiga bapa angkat yang ketiga dan bulan keempat bapa angkat yang keempat menderma. Pada bulan keempat bapa pertama tadi sudah boleh menderma semula ” selepas tiga bulan.

ALIX SUNGGIN Presiden Persatuan Penderma Darah Sabah (Pendarah)

“Di sini tidak akan ada masalah serius kekurangan darah sampai berbulanbu­lan seperti yang sering berlaku sebelum ini kepada pesakit Talasemia.

“Ibubapa pesakit (Talasemia) juga boleh mengambil inisiatif dengan mencari sendiri bapa angkat dan tidak bergantung sematamata kepada pihak hospital,” katanya.

Katanya, orang ramai bolehlah mendapatka­n senarai pesakit yang memerlukan bapa atau ibu angkat di website Pendarah www.pendarah.com.

Antara jenis darah yang selalu diperlukan oleh pesakit Talasemia adalah Jenis O R1R1.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan Kempen Derma Darah di Bangunan Maybank Cawangan Karamunsin­g Sabtu lalu.

Kempen tersebut adalah anjuran bersama Pendarah dengan Kelab Sukan Maybank dan dibantu Jabatan Transfusi Darah Hospital Queen Elizabeth II.

Dalam Kempen tesebut Pendarah turut menyumbang 30 kampit beras sebagai goodies kepada penderma.

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada penderma darah yang hadir.
SEBAHAGIAN daripada penderma darah yang hadir.
 ??  ?? AJK penganjur bergambar kenangan selepas kempen selesai.
AJK penganjur bergambar kenangan selepas kempen selesai.
 ??  ?? ALIX (Kiri) menyampaik­an beras kepada salah seorang penderma darah turut bersama Claudius Joseph Kimog (Kanan) dari Kelab Sukan Maybank.
ALIX (Kiri) menyampaik­an beras kepada salah seorang penderma darah turut bersama Claudius Joseph Kimog (Kanan) dari Kelab Sukan Maybank.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia