Utusan Borneo (Sabah)

Jemaah mendaki Gunung Arafat pada kemuncak ibadah haji

-

Lautan jemaah haji mendaki Gunung Arafat di Arab Saudi kelmarin untuk berdoa dan bertaubat, kemuncak kepada ibadat haji tahunan yang menghimpun­kan lebih dua juta orang Muslim dari seluruh dunia.

Sambil membawa payung berwarna terang di bawah matahari yang terik, jemaah mendaki bukit berbatu-batan ke tenggara kota suci Mekah untuk menebus dosa mereka.

Sambil menadah tangan, jemaah berulang kali melafazkan “Tiada tuhan melainkan Allah” dan “Allahu Akbar”(Allah Maha Besar).

“Perasaan in tidak dapat digambarka­n,” kata Umm Ahmad, 61, yang melakukan perjalanan dari Mesir.

Hampir 2.4 juta orang Muslim melakukan perjalanan ke barat Arab Saudi, yang me-nempatkan kota-kota paling suci dalam Islam, menurut pihak berkuasa statistik di negara tersebut.

Sebahagian jemaah – lelaki yang memakai pakaian putih tidak berkelim dan wanita yang memakai gaun longgar – menolak saudara-mara warga emas dengan kerusi roda pada hari kedua ibadah haji, salah satu perhimpuna­n tahunan terbesar di dunia.

Jai Saleem, seorang warga Pakistan berusia 37 tahun, berkata dia menangis apabila dia dan isterinya tiba di Gunung Arafat, di mana orang Muslim percaya Nabi Muhammad SAW menyampaik­an khutbah terakhir baginda.

“Ia rasa hebat,” katanya. “Saya selalu melihat kawasan ini, sejak zaman kanak-kanak, dalam gambar dan menerusi televisyen.”

Selepas solat Maghrib, jemaah menuruni Gunung Arafat ke Muzdalifah, sebuah lagi tapak suci di mana mereka akan tidur di bawah bintang untuk bersiap sedia bagi peringkat terakhir ibadah haji, upacara simbolik “me-lontar iblis dengan batu”.

Bas kelihatan diletakkan di sekitar bukit berkenaan sementara pekerja dengan cepat mengutip botol air kosong dekat tanda kuning yang menyebut “Arafat bermula di sini” dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

“Kami tahu bahawa ia adalah tugasan yang sukar,” kata Amna Khan, seorang anggota jemaah berusia 35 tahun dari Amerika.

“Itulah sebabnya kenapa semua kami berada di sini. Kami melakukan ibadat ini untuk mendekatka­n lagi diri dengan Allah, untuk disucikan dari dosa kami.”

Angin panas bertiup me-rentasi bukit itu, juga dikenali sebagai Jabal al-Rahma (Gunung Belaskasih­an), dan dataran persekitar­an selepas hujan lebat turun lewat Ahad lepas.

Ramai jemaah kelihatan menghirup botol air sepanjang hari.

“Saya tahu ia pasti sedikit susah untuk mendaki Gunung Arafat,” kata anggota jemaah dari Nigeria, Saidou Boureima.

“Jadi saya bersiap sedia untuk cabaran ini dengan bersenam. Dan insyaallah, kami dapat menyempurn­a-kannya.”

Ibadah haji merupakan satu daripada lima rukun Islam yang wajib disempurna­kan oleh setiap Muslim sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka jika mereka cukup sihat dan mampu menjalanka­nnya.

Ibadah haji kadang-kadang mengundang kontrovers­i, ekoran satu insiden pada 1987 apabila polis Saudi mematahkan protes Iran terhadap Amerika Syarikat dan Israel sewaktu ibadah haji sedang dijalankan.

Pertelingk­ahan itu mengorbank­an 402 orang, termasuk 175 warga Iran, menurut pihak berkuasa Saudi.

Iran memulaukan ibadah haji pada 2016, ekoran rempuhan yang menyebabka­n kematian setahun sebelum itu yang mengorbank­an kira-kira 2,300 orang, ratusan daripadany­a warga Iran.

Tehran menghantar jemaah haji ke Mekah pada 2017, dan ibadah haji pada tahun ini turut disertai 86,000 warga Iran, menurut gabenor Mekah, Putera Khaled al-Faisal.

Putera Khaled turut me-nyatakan ibadah haji pada tahun ini disertai 300 jemaah dari Qatar, sebuah emiriah jiran yang diboikot oleh pakatan Saudi.

Arab Saudi – pengekspor­t minyak terbesar di dunia – dan sekutunya menuduh Qatar berbaik-baik dengan pelampau Islam Sunnah dan Iran Syiah, musuh utama Riyadh.

Mereka sudah memutuskan semua hubungan dengan Qatar – yang menafikan dakwaan berkenaan – dan mengharam-kan semua penerbanga­n berulang-alik ke Doha.

Qatar pada Ahad lepas berkata warganya tidak dapat menyertai ibadah haji disebabkan oleh pertikaian diplomatik berkenaan.

Orang Muslim semalam menyambut hari pertama Aidiladha, atau Hari Raya Korban, yang menandakan berakhirny­a ibadah haji.

Menurut tradisi, mereka menyembeli­h kambing biri-biri sempena Hari Raya Aidiladha selama tiga hari, satu penghormat­an kepada tindakan Nabi Ibrahim ra mengorbank­an anak kam-bing biri-biri selepas Allah menyelamat­kan putera ba-ginda Ishmael.

Mereka makan sebahagian daripada daging itu manakala bakinya diberikan kepada orang miskin yang tidak dapat membeli makanan. — AFP

 ?? — Gambar Ahmad Al-Rubaye/AFP ?? KEMUNCAK: Jemaah berhimpun di Gunung Arafat di tenggara kota suci Mekah di Arab Saudi, pada Hari Arafat yang merupakan kemuncak ibadah haji pada awal kelmarin.
— Gambar Ahmad Al-Rubaye/AFP KEMUNCAK: Jemaah berhimpun di Gunung Arafat di tenggara kota suci Mekah di Arab Saudi, pada Hari Arafat yang merupakan kemuncak ibadah haji pada awal kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia