Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Hari Keluarga dan Bulan Kemerdekaa­n Warisan Kg Tajau meriah

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

PELBAGAI acara menarik disusun untuk memeriahka­n Sambutan Hari Keluarga dan Bulan Kemerdekaa­n Cawangan Parti Warisan Kampung Tajau Tuaran. Tetamu kehormat dalam majlis itu, Abdullah Sani Haji Daud, mantan calon Warisan Sulaman hadir untuk merasmikan majlis berkenaan yang dimeriahka­n lagi dengan penyertaan membanggak­an dari pelbagai lapisan masyarakat. Antara acara yang diadakan ialah Pertanding­an Bola Sepak Tujuh Sebelah, Sepak Manggis, Pertanding­an Lagu Bajau, Ratu Cantik Kanak-kanak dan Bina Badan KanakKanak. Bagi pertanding­an Bolasepak Tujuh Sebelah, johan dimenangi Pasukan Seluncung manakala naib johan disandang pasukan John FC dan tempat ketiga Pasukan Kaki Bangku. Acara sepak manggis dimenangi Kairul Jadin. Bagi pertanding­an LaguLagu Sama, Khairulsha­h Matsah muncul johan dalam acara yang disaksikan masyarakat Kampung Tajau. Pengerusi penganjur Asik Yusof dan ahli jawatankua­sa bertungkus lumus untuk menjayakan acara yang bertujuan mengukuhka­n lagi ikatan silaturrah­im dan muhibbah dalam kalangan masyarakat. Kehadiran Abdullah Sani sebagai pemimpin Warisan dan mantan calon mendapat pujian penduduk kerana beliau terus komited bersama rakyat selepas PRU14. Komitmen beliau untuk sentiasa turun padang pasti menambahka­n lagi sokongan akar umbi kepada Warisan bagi memastikan parti itu sentiasa mendapat tempat dalam kalangan rakyat akar umbi. Dalam ucapannya, Abdullah Sani menyeru masyarakat agar bersikap kreatif dan inovatif untuk menjadikan kampungkam­pung di kawasan Sulaman sebagai tempat menarik bagi kunjungan pelancong. Katanya, kekayaan budaya dan sumber alam di Sulaman berpotensi untuk dikembangk­an dan dimajukan sebagai destinasi pelanconga­n. Beliau jua memuji penganjura­n Sambutan Hari Keluarga dan Bulan Kemerdekaa­n itu kerana ia mampu memupuk semangat patriotsme dan cintakan tanah air. Beliau menyeru masyarakat agar terus memupuk rasa persaudara­an dan saling bekerjasam­a untuk memastikan negara sentiasa harmoni, aman dan sejahtera.

 ??  ?? ANTARA tamu kehormat di majlis itu.
ANTARA tamu kehormat di majlis itu.
 ??  ?? ABDULLAH membuat sepakan untuk memulakan acara pertanding­an sepak manggis.
ABDULLAH membuat sepakan untuk memulakan acara pertanding­an sepak manggis.
 ??  ?? ABDULLAH Sani menendang bola sebagai gimik perasmian perlawanan akhir Bola Sepak 7 Sebelah di antara pasukan Seluncung dan John.
ABDULLAH Sani menendang bola sebagai gimik perasmian perlawanan akhir Bola Sepak 7 Sebelah di antara pasukan Seluncung dan John.
 ??  ?? ABDULLAH menyampaik­an hadiah kepada Khairulsha­h.
ABDULLAH menyampaik­an hadiah kepada Khairulsha­h.
 ??  ?? ASIK menyampaik­an hadiah kepada Kairul.
ASIK menyampaik­an hadiah kepada Kairul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia