Utusan Borneo (Sabah)

Gempa bumi 7.3 cetus panik di Venezuela

-

Venezuela digegarkan oleh gempa bumi dengan magnitud 7.3 dekat pantai timur lautnya kelmarin, kata Jabatan Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS), yang menyebabka­n bangunan bergoyang dan orang lari ke jalan di luar dalam keadaan panik tetapi tiada laporan diterima mengenai kematian atau kecederaan. Gegaran itu merupakan masalah tambahan bagi sebuah negara dengan ekonomi yang sedang meleset di tengah-tengah hiper-inflasi dan kemarahan akar-umbi yang berleluasa dengan kerajaan haluan kiri. Jose Nevada, 35, dari negeri timur Delta Amacuro, berkata gegaran itu sangat kuat di sana. “Orang lari keluar ke jalanan, ramai terus berada di sana dan di beberapa tempat, lampu padam,” katanya kepada AFP menerusi telefon. Gegaran itu dirasai selama beberapa saat kira-kira 400 kilometer dari sana di ibu negara Caracas, khususnya dalam bangunan tinggi. Rami dipindahka­n kerana bimbang gegaran susulan atau kerosakan struktur berkekalan berlaku. Orang berhimpun di jalanan, plaza dan taman – sebarang tempat yang jauh dari bangunan – dan memeluk satu sama lain. Mereka cuba sedaya-upaya untuk membuat panggilan menggunaka­n telefon bimbit tetapi khidmat terganggu seketika. Menteri Dalam Negeri Nestor Reverol berkata gempa yang berpanjang­an itu dirasai di beberapa negeri tetapi “buat masa sekarang, tiada laporan diterima mengenai mangsa”. Beberapa bangunan mengalami kerosakan struktur, katanya kepada TV kerajaan. Dorothy Villalobos berkata beliau berada dalam bank ketika gempa bumi berlaku. “Tingkap mula bergerak, dan meja serta kerusi,” katanya. Beliau berkata pekerja bank meminta semua orang untuk keluar tetapi beberapa orang yang berbaris di sebuah mesin pengeluar wang tunai – terdesak untuk mengeluark­an wang kertas terhad yang dibenarkan di negara yang kekurangan wang tunai itu – “tidak mahu pergi”. “Gambar bergegar dan kaca tingkap keriang-keriut. Saya menuruni tangga dan pintu setiap pangsapuri di 10 tingkat bangunan saya terbuka,” kata Jose Oviedo, yang tinggal ke timur Caracas, kepada AFP. “Kami berkumpul di tingkat bawah. Saya nampak seorang wanita berambut perang, yang pucat kerana takut, sedang menangis.” USGS berkata gegaran itu berlaku sejurus selepas jam 5.30 petang (waktu tempatan) dan pusat gempa berada dekat dengan pantai negeri Sucre, pada kedalaman 123 kilometer. — AFP

 ??  ?? ORANG ramai meninggalk­an bangunan pejabat selepas gempa bumi melanda Caracas, Venezuela kelmarin. — Gambar Marco Bello/ Reuters
ORANG ramai meninggalk­an bangunan pejabat selepas gempa bumi melanda Caracas, Venezuela kelmarin. — Gambar Marco Bello/ Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia