Utusan Borneo (Sabah)

MUSA TIDAK HADIR ANGKAT SUMPAH

Masih ada tempoh sehingga 11 Sept depan

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman yang dijadual mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Sibuga pada Jumaat, bagaimana tidak hadir.

Menurut Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Ahmad Abdul Rahman (gambar), Musa dijadual mengangkat sumpah pada jam 2.30 petang Jumaat.

“Kami telah dimaklumka­n oleh pejabat Tan Sri (Musa) beberapa hari lepas bahawa beliau akan mengangkat sumpah pada hari ini (Jumaat), dan kami telahpun membuat persediaan untuk upacara tersebut.

“Bagaimanap­un, kami dihubungi lewat petang (Jumaat) bahawa Tan Sri tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu,” katanya.

Ahmad berkata, pejabat Musa juga telah memaklumka­n kepada pejabat DUN Sabah bahawa mereka akan memaklumka­n tarikh baru untuk Musa mengangkat sumpah.

“Kita faham keadaan Tan Sri dan berilah dia peluang. Masih banyak masa lagi untuk Tan Sri mengangkat sumpah sehingga 11 September,” katanya.

Musa yang tidak hadir pada majlis angkat sumpah ADUN yang diadakan sebelum ini kerana menjalani rawatan perubatan di United Kingdom, pulang ke Malaysia dua hari lepas.

Berdasarka­n perlembaga­an negeri, Musa mempunyai tempoh sehingga 11 Sept depan untuk mengangkat sumpah sebagai ADUN, iaitu tiga bulan selepas persidanga­n pertama DUN pada 11 Jun lalu.

Jika gagal mengangkat sumpah dalam tempoh itu, kerusi DUN Sungai Sibuga yang dipertahan­kan Musa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) boleh diisytihar­kan kosong.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia