Utusan Borneo (Sabah)

Kertas siasatan kes Musa dijangka diserah kepada TPR Isnin ini

-

KUALA LUMPUR: Polis dijangka menyerahka­n kertas siasatan melibatkan Tan Sri Musa Aman berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada Isnin ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya telah menahan Musa pada Khamis bagi membantu siasatan itu namun dibebaskan selepas polis gagal mendapatka­n perintah tahanan reman daripada Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

“Beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi memberi jaminan siasatan ke atas Musa dijalankan secara telus dan adil mengikut undangunda­ng.

Pada Khamis, dilaporkan Musa yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga, yang sedang menjalani rawatan kesihatan di sebuah hospital di sekitar Lembah Klang, ditahan polis pada 10 pagi.

Turut dilaporkan Majistret Petaling Jaya menolak permohonan polis untuk menahan reman Musa mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Musa yang meninggalk­an negara ini pada 16 Mei dilapor mendapatka­n rawatan di London, pulang ke tanah air dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 6.45 petang Selasa, dari Seletar, Singapura.

Bekas ketua menteri Sabah itu dikehendak­i polis berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap Juhar pada majlis angkat sumpah 10 Mei lepas.

Musa turut disiasat oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan menyogok Anggota Dewan Undangan Negeri. -Bernama

 ??  ?? FUZI
FUZI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia