Utusan Borneo (Sabah)

Penyertaan dalam Rimpac bukti keupayaan tempur TLDM

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Penyertaan Kapal Diraja (KD) Lekiu dalam Eksesais Rim Of The Pasific (Eks Rimpac) 2018 mampu meningkatk­an pengoperas­ian ketenteraa­n terutama dalam persekitar­an diplomasi negara maritim.

Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob berkata penyertaan kali pertama berjaya mencapai objektif meningkatk­an pengoperas­ian kalangan negara peserta Rimpac dalam semua spektrum operasi ketenteraa­n khasnya persekitar­an maritim dengan tema ‘Capable’, ‘Adaptive, dan ‘Partners’.

“Tempoh latihan selama 22 hari memberikan banyak nilai tambah kepada keanggotaa­n KD Lekiu sebagai wakil negara dalam latihan berskala besar merangkumi latihan pelbagai dimensi dan spektrum peperangan.

“Keupayaan kerjasama di antara negara terlibat juga mampu mengekalka­n diplomasi pertahanan seterusnya meningkatk­an keselamata­n maritim di negara rantau pasifik ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyambut ketibaan KD Lekiu yang akan berlabuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar di sini selama tiga hari sebelum kembali ke Pangkalan TLDM Lumut.

Sementara itu Pegawai Memerintah KD Lekiu Leftenan Komander Suhaimi Jumahat berkata kesemua siri latihan termasuk latihan penembakan serta pengendali­an kapal selam berjaya dijalankan melalui kerjasama antara 25 buah negara terlibat.

“Semua pengalaman serta cabaran yang mengujakan dapat diaplikasi­kan dalam operasi seharian di Malaysia dengan dapatan kepada teknik baharu yang dipelajari sepanjang latihan dijalankan.

“Kita juga dapat mengetahui prosedur yang betul dalam berkomunik­asi kepada pihak negara lain dan keputusan negara untuk menghantar KD Lekiu ke latihan ini menunjukka­n satu pelaburan yang sangat bijak,” katanya.

KD Lekiu adalah kapal pertama TLDM yang menyertai Eks Rimpac yang dikordinas­ikan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat di perairan Kepulauan Hawaii Amerika Syarikat.

Eks Rimpac yang juga eksesais terbesar di dunia diperkenal­kan pada 1971 dengan penyertaan awal lima negara pertama iaitu Amerika Syarikat, Canada, New Zealand, United Kingdom dan Australia.

Rimpac 2018 diadakan bagi siri ke-26 bermula 27 Jun sehingga 3 Ogos dengan penyertaan 25 negara, 47 kapal perang termasuk lima kapal selam, 18 Angkatan Tentera Darat, 29 pesawat peronda maritim, 200 pesawat pejuang dan helikopter dengan dijayakan seramai 25,000 anggota tentera.

 ??  ?? RAHMAN merakamkan gambar kenangan bersama anggota dan pegawai TLDM di hadapan kapal KD Lekiu.
RAHMAN merakamkan gambar kenangan bersama anggota dan pegawai TLDM di hadapan kapal KD Lekiu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia