Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas ditemukan maut di pondok perhentian bas

-

KUDAT: Seorang wanita warga emas ditemukan maut di pondok perhentian bas berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matunggung awal pagi Jumaat.

Menurut pengawal keselamata­n sekolah terbabit, dia melihat dua orang iaitu mangsa dan anaknya berada di pondok perhentian terbabit kirakira jam 1 pagi.

Katanya dia tidak mengendahk­an kehadiran mereka di situ sehinggala­h dia perasan mangsa masih berada di situ pada jam 4 pagi.

“Apabila diperiksa mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum saya menghubung­i pihak polis dan pihak hospital untuk memeriksa mangsa,” katanya.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Kudat Asisten Komisioner Peter Matinjal berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian.

“Pemeriksaa­n awal mendapati tiada unsur jenayah yang dikesan di bahagian badan mangsa.

“Mangsa yang berumur 64 tahun itu memegang kad temujanji hospital dan dipercayai ketika itu dia dalam perjalanan menuju ke Hospital Queen Elizabeth untuk datang temu janji,” katanya.

Tambahnya pihaknya juga menemukan kesan lebam dan bengkak di bahagian kaki mangsa.

“Semasa kejadian mangsa bersama anak lelakinya berumur 30 tahun yang juga adalah orang kelainan upaya (OKU),” katanya.

Menurutnya kejadian masih dalam siasatan lanjut dan setakat ini kes diklasifik­asikan sebagai kes mati mengejut (SDR).Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia