Utusan Borneo (Sabah)

Darell minta penduduk Penampang bertenang

Darell jelaskan tugas sebagai Menteri MITI amat besar untuk tarik pelabur

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTAKINABA­LU: Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) Darell Leiking menggesa rakyat Sabah khususnya penduduk Penampang agar sentiasa bertenang kerana tanggungja­wab yang dipikulnya kini adalah sangat besar.

Katanya, beliau kini sering dengar dan terbaca dalam media sosial yang mempersoal­kan kenapa beliau tidak lagi turun padang di Penampang.

“Saya dengar dan sedar mengenai perkara ini...ada yang cakap Darell sombong sudah, tidak lagi ada di kampung, tidak lagi datang ke kedai kopi...mungkin inilah sumpahan menjadi pembangkan­g selama ini.

“Kini saya telah diberikan tugas besar, mungkin sesetengah daripada mereka tidak dapat menerima kenyataan kerana rakan-rakan saya di sini sentiasa turun padang untuk melaksanak­an kerja mereka,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, sebagai Menteri MITI, beliau terpaksa sentiasa melawat negara-negara luar bagi memastikan pelabur datang untuk melabur di Malaysia seterusnya meningkatk­an ekonomi.

“Kini peranan kita sudah bertukar dari turun padang ke kawasan kepada turun padang ke seluruh global.

“Saya tahu, kita tidak biasa dengan perkara ini...saya pun tidak biasa...saya rindu dengan kopitiam dan rakyat saya.

“Ada juga yang mesej saya dapat dari tamu mengatakan... lama sudah tidak jumpa kau YB...mana sudah kau...kau tidak lagi mahu tengok kami kah?...dan saya di China ketika itu...susah juga kalau cakap di China, nanti bagi tengok gambar, orang cakap kau bercuti di China,” katanya sambil menjelaska­n destinasi seterusnya beliau akan berada di Singapura, Vietnam dan lain-lain negara.

Darell yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, beliau kini mempunyai tanggungja­wab besar untuk membawa perubahan kepada Penampang, Sabah dan Malaysia secara keseluruha­n.

 ??  ?? DARELL (kanan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dilantik Terence Siambun ketika dalam sidang media pada Jumaat.
DARELL (kanan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dilantik Terence Siambun ketika dalam sidang media pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia