Utusan Borneo (Sabah)

Prasarana THL Lok Kawi perlu ditambah baik

Untuk jadi aset industri pelanconga­n ala ‘Safari’

-

PUTATAN: Prasarana Taman Hidupan Liar (THL) Lok Kawi perlu ditambah baik dalam usaha memartabat­kan destinasi berkenaan yang disifatkan sebagai salah satu mercu tanda dan mampu meningkatk­an industri pelanconga­n ala ‘Safari’ di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Petagas Uda Sulai berkata, ini memandangk­an situasi lokasi tersebut kini amat menyedihka­n kerana timbulnya beberapa isu seperti kekurangan kakitangan, infrastruk­tur dan sistem perpaipan yang tidak tersusun sehingga sedikit sebanyak menjejaska­n lokasi yang terkenal di negeri Sabah itu.

Beliau berkata, sudah sampai masanya semua pihak untuk membuka mata dan membantu dalam usaha mengekalka­n tumpuan pelanconga­n berkenaan sekaligus menaik taraf THL Lok Kawi yang juga menempatka­n pusat penyelidik­an serta rawatan kepada haiwan liar berkenaan.

Uda menambah, ada beberapa isu yang harus mendapat perhatian semua pihak seperti aspek penjagaan 14 ekor gajah di THL di mana setakat ini, lokasi berkenaan hanya dapat menyediaka­n seramai lima penjaga dan ianya tidak menepati piawaian antarabang­sa yang memerlukan sekurangku­rangnya dua kakitangan bagi setiap seekor gajah.

“Beberapa isu dan masalah di THL ini amat menyedihka­n saya apabila perkara-perkara itu sudah berlarutan sejak sekian lama.

“Antara permasalah­an yang menjadi perhatian adalah kurangnya kakitangan di mana THL ini hanya dikendalik­an seramai 39 kakitangan sahaja dan apa yang membimbang­kan adalah ada di kalangan mereka akan berpencen tidak lama lagi.

“Melihat kepada isu penjagaan gajah di THL ini juga amat mendukacit­akan pihak kita selepas saya dimaklumka­n bahawa mereka hanya ada lima pekerja sahaja untuk mengendali­kan 14 ekor gajah setiap hari berbanding standart prosedur yang menghendak­i dua pekerja untuk seekor gajah,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja di THL Lok Kawi, pada Jumaat.

Hadir sama adalah Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Agustine Tuuga dan Pegawai Perhubunga­n Awam JHL Sabah Siti Nur’Ain Ampuan Acheh.

Uda yang juga Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah iberkata, pihaknya akan membawa perkara berkenaan kepada Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah untuk tindakan lanjut dalam memastikan THL terus ‘hidup’ serta menjadi tarikan kuat pelancong di daerah Putatan dari semasa ke semasa.

“Kita akan membawa permasalah­an-permasalah­an yang berlaku di THL ini kepada Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah supaya ianya tidak berlarutan kerana saya bimbang jika dibiarkan, haiwan-haiwan di lokasi ini akan terjejas.

“Saya mahu THL ini beroperasi dengan lebih baik di masa hadapan dan kita juga mempertimb­ang untuk memperheba­tkan promosi lokasinya dengan meletakkan papan-papan tanda di kawasan strategik seperti di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIA), Pekan Putatan dan lain-lain, “katanya.

Untuk rekod, THL menempatka­n 70 spesies burung, 30 spesies mamalia dan 13 spesies reptilia itu diuruskan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Jabatan Perhutanan Sabah (untuk botani) dengan menyaksika­n keluasan 280 ekar yang terletak di bawah pentadbira­n Daerah Putatan.

 ??  ?? UDA dan rombongan diberi penerangan oleh Agustine Tuuga serta Siti Nur’Ain di THL, Lok Kawi pada Jumaat.
UDA dan rombongan diberi penerangan oleh Agustine Tuuga serta Siti Nur’Ain di THL, Lok Kawi pada Jumaat.
 ??  ?? ANTARA hidupan liar yang mendiami THL Lok Kawi.
ANTARA hidupan liar yang mendiami THL Lok Kawi.
 ??  ?? UDA ketika membuat lawatan kerja di THL Lok Kawi pada Jumaat.
UDA ketika membuat lawatan kerja di THL Lok Kawi pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia