Utusan Borneo (Sabah)

PDRM umum pertukaran 38 pegawai kanan

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumka­n pertukaran 38 pegawai kanannya berkuat kuasa 24 Sept depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman Datuk Asmawati Ahmad berkata berkuat kuasa tarikh itu, Ketua Penolong Pengarah Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk K. Manoharan akan memangku pangkat DCP.

Pertukaran lain membabitka­n Komander Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am (PGA) Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Kuantan, Datuk Roslan Bek Ahmad yang akan dilantik sebagai Timbalan Pengarah KDNKA (Kepolisan Am), Jabatan KDNKA Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

“Tempat Roslan akan diganti Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) (Perancanga­n Strategik) Pahang, ACP Khaled Che Lah dengan memangku pangkat SAC,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata SAC Modenisasi Pengurusan Organisasi, Urus Setia KPN (Penyelidik­an dan Pembanguna­n) Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri pula akan bertukar jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/Undang-Undang, JSJ Bukit Aman.

Jawatan Mohd Azman akan diambi alih Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy dengan memangku pangkat SAC manakala tempat Munusamy diganti oleh Penolong Pengarah (D9) Siasatan Khas JSJ Bukit Aman ACP Sapii Ahmad.

Asmawati berkata Timbalan Ketua Staff Operasi Darat, Eastern Sabah Security Command (Esscom), Jabatan Perdana Menteri ACP Ahmad Fuad Othman pula dilantik sebagai Ketua Staff Operasi Darat Esscom di jabatan yang sama dengan memangku pangkat SAC.

Kekosongan jawatan Ahmad Fuad akan diisi Supt Noor Hisam Nordin dari Bahagian Latihan Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.

Beliau berkata Ketua Protokol dan Istiadat Negeri Perak, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak ACP Abu Bakar Romlee pula akan memangku pangkat SAC.

Katanya pertukaran lain membabitka­n Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad yang akan dilantik sebagai Komander Pasukan Simpanan Persekutua­n, Jabatan KDNKA Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

Tempat Hamzah akan diambil alih oleh Pegawai Turus (D9) Siasatan Khas JSJ Selangor Supt Nasri Mansor dengan memangku pangkat ACP.

“Ketua Jabatan Pengurusan Perak ACP Shaharon Anuar Abdul Latif bertukar ke jawatan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan, Bahagian Urusetia/Hal Ehwal Pesara Polis, Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

“Jawatan beliau akan diisi Timbalan Komandan (Latihan), Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur ACP Abdul Latiff Yunus,” katanya.

Beliau berkata Timbalan Ketua JPJKK (Operasi) Kuala Lumpur ACP Latt Mazura Mansor pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan/Jenayah Komplot) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

Jawatan beliau akan diambil alih oleh Supt Razali Abu Samah dari Bahagian Urusetia, JPJKK Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham pula akan bertukar ke jawatan Ketua Penolong Pengarah Special Task Force On Organised Crime (STAFOC), Skuad Taktikal Khas 1, JSJ Bukit Aman dengan

memangku pangkat SAC.

Tempat beliau akan diambil alih oleh Timbalan Komander Briged Tenggara, PGA, Jabatan KDNKA Kuantan ACP Mohd Abduh Ismail.

Asmawati berkata Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Urusetia), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman ACP Abd Razak Md Zin pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkua­saan/Pencegahan/ Kepolisan Am) di jabatan yang sama dengan memangku pangkat SAC.

Timbalan Ketua JPJKK (Operasi)

Selangor ACP Razimi Ahmad ditukarkan ke jawatan Ketua JPJKK Johor dengan memangku pangkat SAC.

Katanya Penolong Pengarah Narkotik (Tahanan), JSJN Bukit Aman ACP Dalbir Singh Tanah Singh pula ditukarkan kepada jawatan Penolong Pengarah Narkotik (Perundanga­n/Siasatan) di jabatan sama.

Tempat Dalbir Singh akan diambil alih oleh Ketua JSJN Kelantan Supt Mit Emong dengan memangku pangkat ACP. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia