Utusan Borneo (Sabah)

Jadikan kebersihan agenda utama di Port Dickson

-

PORT DICKSON: Kebersihan perlu dijadikan agenda utama penduduk di Port Dickson terutama di sepanjang kawasan pantai bagi menarik lebih ramai pelancong disamping menjadikan bandar ini sebagai pilihan utama bagi mereka yang gemar aktiviti rekreasi laut.

Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah berkata sekiranya aspek kebersihan berada pada tahap terbaik Port Dickson akan terus menjadi destinasi pilihan pelancong.

“Dalam menarik pelancong ke sini, kita hendaklah memastikan kawasan di sini lebih bersih dan ‘mesra pelancong. Saya percaya sekiranya kita dapat memastikan keperluan pelancong, sama ada dari dalam dan luar negera maka lebih ramai pelancong akan datang ke Port Dickson dan secara tidak langsung dapat membantu memajukan lagi sosio-ekonomi penduduk di sini.

“Bukan sahaja kawasan persekitar­an perlu bersih, malah, pengendali makanan juga perlu mematuhi aspek kebersihan dan keselamata­n makanan supaya sentiasa berada dalam keadaan baik, bersih dan teratur,” katanya kepada pemberita pada program Hari Kebersihan Port Dickson di sini.

Sementara itu, katanya Pejabat Parlimen Port Dickson akan menganjurk­an Larian Malaysia Baharu pada 7 Oktober ini.

Katanya selain menarik pengunjung ke Port Dickson, larian sejauh 14 kilometer itu adalah sempena meraikan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas.

Katanya larian itu dijangka akan menarik seramai 10,000 orang peserta dari seluruh negara.

Dalam perkembang­an lain, Danyal Balagopal berkata beliau sedang mempertimb­angkan pembukaan rangkaian franchise berkonsepk­an hiburan dan motor besar – Hard Rock Cafe di Port Dickson.

“Pihak franchise Hard Rock Cafe ada berjumpa saya baru-baru ini mengenai hasrat mereka itu. Bagaimana pun, perkara ini akan saya bawa ke pengetahua­n Menteri Besar dan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia