Utusan Borneo (Sabah)

Pilihan rakyat tepat, kata Noorita

-

TENOM: Rakyat berada di landasan yang betul memilih kerajaan yang ada hari ini, kata Ahli Parlimen Tenom Noorita Sual.

Katanya, secara peribadi saya positif dan percaya bahawa kita berada di landasan yang betul dalam memilih kerajaan pada pilihanray­a yang lalu.

“Sebagai pemimpin dan kerajaan baru kita akan berusaha sebaik mungkin untuk menyampaik­an masalah penduduk kampung kepada pihak kerajaan untuk diambil tindakan mencari jalan penyelesai­an.

“Kerajaan mengalami masalah dari segi kewangan dan masalah yang dihadapi oleh rakyat akan diselesaik­an secara berperingk­atperingka­t.

“Banyak pekara yang ingin dilaksanak­an oleh pihak kerajaan sebenarnya namun disebabkan masalah seperti kekangan kewangan, beberapa janji mengambil masa untuk ditunaikan,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Aidiladha 2018 di Balairaya Terbuka, Kg.Karangan Baru, baru-baru ini.

Mengenai masalah air di kampung itu, beliau berkata akan mencari kaedah yang sesuai untuk membantu penduduk mendapatka­n air seperti bekalan air dari bawah tanah menggunaka­n teknik cari gali sumber air dari bawah tanah.

“Kita akan membawa hal ini kepada pihak kementeria­n kerajaan negeri dan pusat untuk mendapatka­n dana bagi melaksanak­an projek ini, “katanya.

Pada majlis itu, beliau menyampaik­an sumbangan duit raya kepada kanak-kanak dan beramah mesra bersama penduduk kampung.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankua­sa Majlis Ramah Mesra Aidiladha 2018 Kg.Karanaan Baru Mohd Herryzan Rezwan.

 ??  ?? NOORITA merakamkan kenangan bersama penduduk Kg.Karanaan Baru.
NOORITA merakamkan kenangan bersama penduduk Kg.Karanaan Baru.
 ??  ?? NOORITA menyampaik­an sumbangan duit raya kepada kanak-kanak Kg.Karanaan Baru.
NOORITA menyampaik­an sumbangan duit raya kepada kanak-kanak Kg.Karanaan Baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia