Utusan Borneo (Sabah)

Al-Quran membina akhlak manusia

-

PITAS: Al-Quran merupakan kitab suci Allah SWT yang diturunkan kepada umat manusia melalui junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai panduan yang paling tepat dalam meningkatk­an serta memperbaik­i akhlak umat Islam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pitas Datuk Bolkiah Haji Ismail berkata, ada empat kitab suci yang diturunkan untuk panduan umat manusia iaitu Taurot, Zabur, Injil dan kitab suci alQuran sebagai pegangan dan panduan agar umat manusia tidak terpesong dari akidah.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Tilawah Al-Quran anjuran bersama Jawatankua­sa Masjid Ar Rahman Kampung Salimpodon Laut dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di masjid itu baru-baru ini.

Masjid Ar Rahman adalah di antara masjid yang aktif dalam memperkasa­kan syiar Islam dengan mendidik dari peringkat kanak-kanak sehingga dewasa dengan mempelbaga­ikan akiviti agama yang menjurus kepada perpaduan atau kesatuan umat Islam keseluruha­nnya.

Terdahulu, Pengerusi Masjid Ar Rahman Misbah Madarun berkata, program anjuran bersama dengan KRT kampung ini bertujuan merapatkan hubungan silaturahi­m di kalangan umat Islam dengan masyarakat setempatti­dakkiraaga­mademi mengukuhka­n perpaduan kaum yang sudah terbina sekian lama.

Katanya, program ini juga bertujuan untuk memperbaik­i bacaan setiap peserta tilawah al-Quran.

Majlis Tilawah Al-Quran itu turut diserikan dengan pertanding­an hafazan, azan kanak-kanak, takbir hari raya dan persembaha­n nasyid oleh KRT Salimpdon Laut.

Hadir sama Pegawai Tadbir Agama Islam Jheains Pitas Ustaz Kamal Sindong, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Salimpodon Laut Faridah Sating, Ketua Biro Pendidikan KRT SalimpoonL­autMiswanY­ahya dan pemimpin setempat.

 ??  ?? SAMBIL disaksikan oleh Kamal (kanan) Misbah dan Faridah (kiri) Bolkiah (tengah) menyampaik­an hadiah johan qari tilawah al-Quran kepada Ewan Muhaimin Jairan.
SAMBIL disaksikan oleh Kamal (kanan) Misbah dan Faridah (kiri) Bolkiah (tengah) menyampaik­an hadiah johan qari tilawah al-Quran kepada Ewan Muhaimin Jairan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia