Utusan Borneo (Sabah)

Pelabur kimia bakal melabur di Sabah

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sabah mampu meningkatk­an ekonomi ke paras yang lebih tinggi apabila bakal menerima pelaburan besar dalam sektor kimia dari pelabur asing.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Darell Leiking berkata, pihaknya sudah bertemu dengan ramai pelabur dan salah satu potensi besar adalah dalam sektor berkenaan.

“Potensi pelaburan ini sekiranya berjaya dibawa ke Sabah ia sekurangku­rangnya boleh mewujudkan 700 peluang pekerjaan.

“Bagaimanap­un, kita tidak akan umum dahulu nama pelabur itu kerana ingin memastikan untuk mengurangk­an sebarang amalan ‘red tape’.

“Kita juga akan pastikan Sabah tidak akan ketinggala­n daripada perkembang­an ekonomi terkini dalam negara ini bagi memastikan potensi ekonomi dan pelanconga­n negeri ini terus berkembang,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, pelaburan besar dalam bidang kimia itu adalah terdiri daripada pelbagai komponen dan salah satu daripadany­a adalah membuat plastik.

Darell yang juga Ahli Parlimen Penampang turut menjelaska­n kerajaan negeri akan berusaha menangani gangguan bekalan elektrik yang sering melanda rakyat Sabah.

Katanya, isu itu tidak memberikan kebaikan kepada negeri kerana ia bukan sahaja menjejaska­n rakyat di setiap rumah tetapi juga pelaburan.

“Sistem Indeks Purata Tempoh Gangguan (SAIDI) di Sabah adalah 260 minit, ianya sangat tinggi dan kita kena pastikan untuk kurangkan jumlah itu seperti mana kita lakukan di Kuala Lumpur.

“Sekiranya Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) masih tidak mampu mencapai sasaran yang ditetapkan, maka ianya tidak membawakan manfaat kepada sesiapa sahaja di Sabah,” katanya.

Menurutnya, beliau juga berpeluang untuk bertemu dengan beberapa pelabur berpotensi besar dari China untuk melabur di sini.

“Dalam lawatan ke China bersama Perdana Menteri baru-baru ini, beberapa pelabur berpotensi dari negara itu berminat untuk melabur di sini,” katanya.

Beliau juga berharap kerajaan negeri akan meningkatk­an fasiliti di Tanjung Aru agar boleh menarik lebih ramai pelancong dan pelabur luar negara.

 ??  ?? DARELL (kanan) bersalaman dengan Shafie ketika mengadakan kunjungan hormat pada Jumaat.
DARELL (kanan) bersalaman dengan Shafie ketika mengadakan kunjungan hormat pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia