Utusan Borneo (Sabah)

APMM gagalkan cubaan bawa keluar PTI

Tekong kurang upaya bersama tujuh PTI ditahan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Agensi Penguatkua­sa Maritim Malaysia (APMM) Sandakan menggagalk­an tindakan seorang tekong bot kurang upaya yang cuba membawa keluar secara haram tujuh pendatang tanpa izin (PTI).

Tekong dan tujuh orang PTI ditahan semasa dalam perjalanan menuju ke Pulau Taganak, Filipina kira-kira jam 8.15 malam Khamis.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Sandakan, Komander Maritim Mohd Khairulanu­ar Abd Majid berkata, tekong warganegar­a Malaysia berumur 34 tahun yang mempunyai masalah pendengara­n dan bisu.

Beliau berkata, tekong dan pembantuny­a pemegang kad IMM13 berumur 24 tahun ditahan oleh bot ronda APMM berhampira­n Perairan Tanjung Aru selepas cuba memecut laju menuju ke sempadan Malaysia - Filipina dalam keadaan bergelap.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut mendapati lima lelaki dan dua wanita berumur dalam lingkungan­22hingga58­tahun disyaki warganegar­a Filipina tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Beliau berkata turut dijumpai beberapa beg berisi pakaian dan makanan.

“Kesemua suspek dan bot diiringi ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatk­an agar segera menyalurka­n sebarang aduan salah laku jenayah atau kecemasan di laut dengan menghubung­i terus bilik operasi 24 jam Zon Maritim Sandakan di talian 089229504 atau MERS 999.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut mendapati lima lelaki dan dua wanita berumur dalam lingkungan 22 hingga 58 tahun disyaki warganegar­a Filipina dokumen.” tidak mempunyai sebarang KOMANDER MARITIM MOHD KHAIRULANU­AR ABD MAJID Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Sandakan

 ??  ?? BOT pancung bersama barang-barang PTI yang dirampas.
BOT pancung bersama barang-barang PTI yang dirampas.
 ??  ?? TEKONG bersama pembantu dan tujuh PTI ditahan.
TEKONG bersama pembantu dan tujuh PTI ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia