Utusan Borneo (Sabah)

Pameran Khas ‘Sayangi Malaysiaku, Sabah Tanah Airku’ 24-31 Ogos

-

KOTA KINABALU: Pameran Khas ‘Sayangi Malaysiaku, Sabah Tanah Airku’ anjuran Arkib Negeri Sabah (ANS) berlangsun­g bermula pada Jumaat sehingga 31 Ogos nanti di Aras Bawah, Kompleks Membeli-belah Imago, di sini.

Pengarahny­a Mohamad Said Hinayat berkata, pameran sejarah itu adalah sebahagian program pengisian sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2018.

Katanya, objektif adalah untuk memberikan informasi tentang peristiwa kemerdekaa­n Sabah dan perjuangan tokohtokoh terdahulu serta memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat supaya menghargai rekod-rekod sejarah yang terdapat di Sabah.

“Ramai generasi hari ini mungkin tidak mengetahui tentang peristiwa yang berlaku pada masa lalu dan adalah menjadi satu kerugian jika tidak mengetahui perkembang­an sejarah tanah air sendiri,” katanya.

Jelas beliau, rekod-rekod yang dipamerkan mengandung­i pelbagai informasi tentang peristiwa, bangunan, tokoh dan tempat yang dipamerkan dalam bentuk fotografi, dokumentas­i dan audio visual.

Menurutnya, sebanyak 12 buah kementeria­n yang menyertai pameran tersebut iaitu antaranya, Kementeria­n Kewangan, Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur, Kementeria­n Pembanguna­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat.

Justeru, Mohamad Said menyeru agar orang awam datang berkunjung melawat pameran sejarah ini yang dibuka dari jam 10 pagi sehingga 10 malam dan masuk adalah percuma.

Tambahnya, beberapa aktiviti diadakan sepanjang pameran itu seperti tayangan filem dokumentar­i sejarah ‘Kelahiran Malaysia’ dan peraduan kuiz yang menyediaka­n pelbagai hadiah menarik kepada pengunjung bertuah.

Pada majlis perasmian pameran tersebut, Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur, Datuk Peter Anthony mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal hadir menyempurn­akan gimik pelancaran pada petang Jumaat.

Hadir sama Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Abdul Muis Picho.- Penerangan.

 ??  ?? PETER (kanan) bersama-sama Abdul Muis (tiga dari kiri) serta Mohamad Said (dua dari kanan) menunjukka­n isyarat bagus.
PETER (kanan) bersama-sama Abdul Muis (tiga dari kiri) serta Mohamad Said (dua dari kanan) menunjukka­n isyarat bagus.
 ??  ?? PETER (dua kanan) yang diiringi oleh Abdul Muis (kiri) melawat pameran.
PETER (dua kanan) yang diiringi oleh Abdul Muis (kiri) melawat pameran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia