Utusan Borneo (Sabah)

SK Andrassy, Tawau lancar ‘Sayangi Malaysiaku’

-

TAWAU: Unit Kokurikulu­m dengan kerjasama semua guru Sekolah Kebangsaan (SK) Andrassy, Tawau baru-baru ini melancarka­n Sambutan Program Bulan Kemerdekaa­n bagi tahun ini melibatkan semua murid dari Pra Sekolah, murid Tahap 1 dan 2.

Sambutan Program Bulan Kemerdekaa­n ini dilaksanak­an sesuai dengan saranan Kementeria­n Pendidikan yang ingin melahirkan murid-murid berindenti­ti nasional dan bersemanga­t patriotik.

Sambutan ini juga adalah wahana terbaik bagi merealisas­ikan aspirasi murid dengan slogan hari kemerdekaa­n ‘Sayangi Malaysiaku’ bagi memupuk semangat sayang kepada negara dan nilai patriotism­e di kalangan murid sekolah ini.

Guru Besar SK Andrassy, Samson Sahibul berkata tujuan utama pelancaran program ini adalah untuk menyemai rasa syukur dan sayang kepada negara yang aman dan merdeka di kalangan warga sekolah.

Selain itu ia juga dapat memberi peluang kepada semua murid mengasah bakat dan kebolehan dalam pelbagai aktiviti yang telah dan akan dijalankan sempena Bulan Kemerdekaa­n ini.

Katanya, selain dapat memupuk sifat kasih sayang kepada negara yang tercinta, program ini secara tidak langsung juga telah menyahut seruan dan saranan Kementeria­n Pendidikan bagi melahirkn insan yang cergas dan cerdas serta lengkap dari segi JERIS.

“Program ini diharap dapat menyemai semangat patriotik dan cintakan tanah air di kalangan murid di samping berjaya menghayati semangat kemerdekaa­n dengan memahami ‘Sayangi Malaysiaku’ sebagai tema hari kemerdekaa­n tahun ini,” jelas Samson.

Beberapa aktiviti telah dirancang dan akan dilaksanak­an sepanjang bulan ini bermula dari 20 Ogos hingga ke Hari Malaysia pada 16 September.

Antara aktiviti yang dirancang ialah Pertanding­an Mewarna Jalur Gemilang bagi murid Pra Sekolah, Pertanding­an Mendeklama­si Puisi atau Sajak, Pertanding­an Kuiz kemerdekaa­n dan Pertanding­an Melukis Poster.

Selain itu Pertanding­an Lagu Patriotik, Pertanding­an Melafazkan Pantun, Meneka Jumlah Guli atau Gula-gula dalam Bikar dan Pertanding­an Kelas Merdeka yang mana setiapkela­sakanmengh­iaskelas dengan tema kemerdekaa­n.

Menurut Kasim Matzin yang juga penyelaras sambutan programkem­erdekaanse­kolah berkata seramai 233 orang murid, 25 orang guru dan tujuh orang staf SK Andrassy akan terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini.

Tambahnya, kemuncak program ini ialah pada 16 September yang mana majlis penanguhan dan penyampaia­n hadiah kepada pemenang akan dilaksanak­an pada majlis kemuncak program ini nanti.

Katanya, kerjasama daripada para guru dan semua pihak yang terlibat sangat diharapkan untuk menjayakan hasrat murni Kementeria­n Pelajaran Malaysia bagi mengembang­kan lagi bakat dan potensi individu dan dapat mewujudkan sikap cintakan negara yang kita sayangi dan sanjung tinggi.

 ??  ?? SAMSON memukul gong menandakan pelancaran program kemerdekaa­n SK Andrassy selama sebulan.
SAMSON memukul gong menandakan pelancaran program kemerdekaa­n SK Andrassy selama sebulan.
 ??  ?? SAMSON menurunkan tandatanga­n di banting pelancaran program kemerdekaa­n sekolah.
SAMSON menurunkan tandatanga­n di banting pelancaran program kemerdekaa­n sekolah.
 ??  ?? GURU-Guru SK Andrassy bersama murid-murid sekolah ketika majlis pelancaran program.
GURU-Guru SK Andrassy bersama murid-murid sekolah ketika majlis pelancaran program.
 ??  ?? MURID dan guru menyanyi lagu patriotik sambil mengibarka­n Jalur Gemilang.
MURID dan guru menyanyi lagu patriotik sambil mengibarka­n Jalur Gemilang.
 ??  ?? BARISAN guru-guru SK Andrassy yang hadir di majlis pelancaran tersebut.
BARISAN guru-guru SK Andrassy yang hadir di majlis pelancaran tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia